Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 7, 2021

Ketua merupakan antara Virus yang merbahaya dalam sesebuah organisasi - Penulis jemputan

  Mohd Shubhi       Sunday, March 7, 2021


Organisasi dibentuk oleh satu kumpulan individu. Samada dalam syarikat anda atau syarikat saya sendiri. Juga dalam badan korporat atau dalam agensi kerajaan.

Perjalanan aktiviti sesebuah organisasi ini bergantung kepada visi dan misi mereka.

Kejayaan sesebuah organisasi itu pula bergantung kepada:

  • Gabungan idea dan usaha yang lestari
  • Kemampuan pemimpin mengharmonikan semua individu supaya kekuatan masing-masing dapat diaktifkan.

Organisasi juga banyak terdedah kepada masalah yang boleh menggagalkannya. Salah satu darinya adalah apabila wujudnya virus di dalam organisasi tersebut.

Berdasarkan pelbagai “Leadership Workshop” dan juga proses “Diagnose” ketika menjalankan Coaching, latihan dan “Due Dilligence” syarikat-syarikat usahawan, antara isu utama yang saya temui adalah apa yang saya ingin namakan sebagai “Virus Organisasi”.

Ia terjadi apabila terdapat individu yakni Ketua Syarikat sendiri, menonjolkan dirinya sebagai “King”.

Maksud disini ialah Ketua Jabatan atau Ketua Syarikat atau Pemilik syarikat tersebut menonjolkan diri sebagai dialah yang paling hebat atau “King”.

Ketua yang hebat tidak perlu menjadi “King”, tetapi perlu menjadi “King Maker”.

Tugas ketua ialah melihat kekuatan dan kelemahan setiap individu dan cuba sedaya upaya memancarkan kekuatan mereka dan juga melihat kelemahan serta mencari jalan untuk mengatasi masalah itu.

Terdapat banyak organisasi yang mana ketua bertindak sebaliknya. Banyak ketua cuba mencari kesalahan staff dan juga ingin menonjolkan diri dan bukan menonjolkan diri staff.

Pepatah ada mengatakan “Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.”

Tugas sebagai pemimpin ialah tidak menunjukkan kita sebagai boss. Tidak perlu ambil kredit sebaliknya kita perlu ambil “blame” dan kredit itu perlu kita berikan kepada staff.

Namun terdapat ramai ketua mengambil kredit dan lontarkan “blame” kepada staff.

Cadangan saya dalam artikel ringkas ini ialah untuk Ketua melaksanakan beberapa perkara berikut:-

  1. “Company Health Diagnose” bagi melihat kekuatan dan kelemahan syarikat dan seterusnya melihat kepada perancangan sumber manusia dari segi bentuk latihan yang diperlukan.
  2. Berbincang dengan staf tentang bagaimana mereka boleh tingkatkan kekuatan mereka dan apakah yang syarikat perlu lakukan untuk kurangkan kelemahan mereka.
  3. Setiap individu ada kelemahan dan Tuhan berikan kekuatan juga kepada mereka. Mungkin ada staf yang senantiasa datang lewat (Kelemahan) namun, cuba bincang dan lihat apakah jua kekuatan mereka. Ketua perlu menilai secara total. Jika anda menilai Pagani Zonda dari segj jumlah tempat duduk, pasti anda akan lihat kelemahan jumlah tempat duduk berbanding mana-mana MPV. Namun jika anda melihat kekuatan Pagani dari segi sudut prestasi engine, prestasi brek dan juga keutuhan imej dan jenama, lain pula tafsirannya. Ini secara analogi. 
  4. Ketua sentiasa merendah diri dan tidak menganggap diri sebagai Boss. Kekuatan syarikat bukan terletak pada seorang boss atau ketua.

Kekuatan organisasi bergantung kepada gabungan minda dan usaha setiap satu.

Jadi tugas ketua ialah memimpin “mindset” dan memimpin “motivasi” pekerja dan perlu tahu kekuatan dan aktifkan kekuatan.

Perlu tahu kelemahan staff dan cuba langsaikan kelemahan tersebut.

Artikel merupakan sumbangan En Azad Jasmi, seorang pembimbing usahawan.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ketua merupakan antara Virus yang merbahaya dalam sesebuah organisasi - Penulis jemputan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !