Sunday, April 25, 2021

3 jenis jam tangan yang perlu ada dalam koleksi jika anda peminat jam amatur

  Mat       Sunday, April 25, 2021


Dalam zaman sekarang ni masih perlukah ada jam tangan?

Soalan itu sering keluar dalam benak kepala setiap kali saya mula terfikir untuk beli jam tangan. Semua pembelian sepatutnya perlu ada sebab yang munasabah. Setiap barang yang di buat perlu ada fungsi yang mampu berikan faedah kepada kita, manusia.

Jam tangan dibuat untuk memudahkan pemakainya tahu waktu. Zaman dulu, ketika masih tak wujud teknologi berhubung jarak jauh secara real time macam sekarang, ketepatan masa main peranan yang sangat besar.

Perlu tepat masa zaman tiada phone dulu

Kesamaan masa seorang pemakai jam tangan, dengan masa pada jam tangan yang dipakai oleh kawannya seorang lagi, bakal menentukan janji mereka untuk bertemu di kedai kopi, yang dibuat melalui surat sebulan yang lalu dapat berlaku tepat pada masanya. 

Gambaran lebih mudah begini ..

Masa zaman muda duduk kat France di sebelah selatan dulu, saya berhubung dengan kawan-kawan di utara hanya melalui surat saja. Tulis surat kepada kawan sebulan lebih awal untuk bertemu di tengah Paris.

Saya beritahu tarikhnya dan masa serta lokasi kedai di mana kami akan bertemu. Ada 4 atau 5 orang lagi kawan-kawan. Semuanya dari berbeza tempat, turut sama akan bertemu di lokasi tersebut pada waktu yang dah ditentukan.

Perlu rancang perjalanan dengan baik. Bila tiba masa gerak, maka bergeraklah dari tempat masing-masing dan pastikan untuk sampai di lokasi yang dijanjikan pada masanya.

Dalam keadaan itu, satu-satunya perkara penting yang perlu sekata antara kami semua adalah masa. Tak boleh lewat tak boleh awal. Tapi bolehlah ada campur tolak sikit. Siapa yang datang lebih awal kenalah tunggu.

Dalam kes itu, boleh ada tolak ansur dengan ketepatan masa. Boleh ada lagi toleransi +/- 1 jam.

Tapi macam mana jika urusan yang tak boleh ada ruang toleransi atau perbezaan masa yang besar. Kena tepat +/- 10 atau 15 saat saja. Kalau keluar dari zon itu, maka pertemuan tak akan berlaku.

Atas dasar itulah maka manusia cari jalan untuk buat jam tangan yang sangat tepat. Makin lama makin tepat dan tak lari waktunya. Semua jam akan berikan waktu yang konsisten sehingga pertemuan akan pasti berlaku bila berjanji ikut masanya.

Zaman telefon pintar semuanya mudah

Zaman sekarang, semua urusan pertemuan boleh buat spontan saja. Teringat nak bertemu, call saja. Beritahu lokasi dan masa selesai. Insyaallah akan dapat bertemu pada masanya. Jika dah sampai, tunggu tak datang, call tanya on the spot.

Waktu pulak ada pada telefon pintar masing-masing. Sangat tepat jam dalam telefon tu. Semua waktu dikemas kini secara automatik. Agak sukar untuk silap waktu.

Semua keupayaan jam dari telefon pintar jauh ebih lengkap. Setara malah lebih hebat dari keupayaan jam tangan yang paling mahal di pasaran.

Jadi kenapa masih perlu ada jam tangan?

Kalau takat duduk atas darat, dalam bandar yang ada line internet atau telefon, jam lansung tak diperlukan lagi. Dalam keadaan ini, jam hanya sekadar barang seni, aksesori badan atau isyarat status saja.

Jam tangan perlu dalam keadaan lasak

Jika anda peminat kembara ekstrem. Suka panjat gunung, masuk hutan, selam bawah laut, pergi pulau terpencil dan lain-lain seumpamanya, jam sangat diperlukan. Kat tempat macam tu, tak bawa smart phone pun ok saja. Kalau adapun, simpan saja dalam beg baik-baik.

Perlu ada ciri-ciri lasak tanpa kompromi pada ketepatan masa yang mampu diberikan oleh jam tersebut. Bergantung kepada aktiviti macam mana yang anda suka, ada banyak jam hebat-hebat dalam pasaran yang dapat penuhi keperluan aktiviti anda.

Biasanya jam dalam kategori tersebut dimasukkan dalam jenis sport. Dari yang harganya sangat murah macam Casio sehingga yang mahal macam Rolex Diver.

Macam artikel yang saya kongsikan sebelum ni, saya beli dua buah jam berciri tahan lasak untuk anak-anak lelaki. Harganya murah ya amat. Kurang dari RM300 sebiji. Cuba baca artikel tu kat sini.

3 jenis koleksi jam tangan amatur

Panjang juga mukadimah saya kat atas tu, baru nak masuk isi penting artikel ni.

Dari apa yang saya kongsikan kat atas tu, jom kita tengok 3 jenis jam tangan yang perlu ada dalam koleksi anda jika anda memang sangat minat jam.

Minat secara amatur macam saya saja. Bukannya masuk kategori pencinta seni atau pelabur barang rare yang sanggup keluarkan duit puluhan ribu untuk beli dan simpan jam tangan.

Ada 3 kategori jam yang saya rasa berbaloi untuk dilengkapkan seperti di bawah.

1. Jam pakai hari-hari

Mungkin anda memang dah ada sebiji jam jenis ni. Yang anda pakai siang dan malam dalam keadaan biasa pergi kerja dan balik kerja. Jam yang sama juga anda pakai ketika pergi bersenam, ke gym, ke taman berjogging atau ke kolam renang mandi manda.

Ada masanya memang tak sesuai bawa telefon pintar. Ketika bersukan main badminton dengan kawan-kawan. Masa ke gym atau ketika jogging atau berenang dalam kolam mandi. Takkan nak bawa phone. Menyusahkan saja.

Jadi, untuk jam jenis pakai hari-hari ni saya syorkan beli sebuah jam dalam kategori sport yang menawan. 

Anda juga boleh pilih jam jenis tahan lasak untuk jam pakai hari-hari ni. Macam Casio yang saya tulis pada artikel lalu tu, sangat sesuai digunakan. Tapi kalau anda jenis suka yang style sikit, ada status, maka kena pilih jam jenis sukan yang bergaya.

Contoh jam jenis sukan bergaya adalah seperti Citizen Promaster Diver atau Seiko SKX007. Saya lampirkan gambar kedua-dua jam tu untuk pertimbangan anda. Harga kedua-duanya berpatutan dengan keupayaan yang mampu diberikan oleh jenama tersebut.

2. Jam kegunaan sangat lasak

Ini kategori yang kedua. Macam saya katakan kat atas tadi. Jika anda jenis yang kerap buat aktivit lasak seperti masuk hutan, panjat gunung atau terjun laut. Jam biasa-biasa yang tak dapat tahan hentakan, tergesel tepi bot, terhempas masuk lumpur dan seumpamanya, memang tak boleh di bawa bersama untuk beraksi.

Kebanyakan jam dengan kualiti lasak begini adalah mahal. Hanya ada beberapa jenama saja yang hebat tetapi agak murah. Salah satunya macam adalah Jam Tangan Casio yang saya beli untuk anak saya kat atas tadi. 

Casio jenis tu ada yang pakai solar. Jadi lebih mahal sikit berbanding yang pakai bateri biasa saja. Anda boleh cuba tengok jenis ni Casio G-Shock GW B-5600BC-1B

Atau boleh juga cari yang mahal dan terkenal macam Omega Speedmaster Moonwatch Professional. Kalau ada banyak duit, boleh beli Rolex Sea-Dweller Deepsea. Itu memang power dan boleh gadai bila susah tak ada duit nanti.

Ada satu lagi jenama yang harganya masih ok tapi sangat lasak. Iaitu Victorinox

3. Jam tangan majlis istimewa

Bila pergi ke majlis formal seperti perkahwinan, mesyuarat penting perniagaan atau dating dengan anak menteri umpamanya, kena stand by jam jenis macam ni.

Memang tujuan untuk tunjukkan status dan ciri-ciri diri anda kepada orang yang penting yang anda jumpa dalam majlis tu. 

Betul! bukan semua orang perlu buat macam tu. Ramai yang tak heranpun jam apa anda pakai. Kecuali orang yang anda jumpa tu memang jenis pakai jam berkualiti, dia akan peka dengan melihat jam yang anda pakai untuk tentukan ciri-ciri diri anda.

Kalau ada bajet, boleh simpan satu jam majlis istimewa ni. Buat pilihan yang betul berdasarkan kesukaan dan citarasa anda yang tersendiri. Ada Panerai, Patek Philippe Nautilus atau lain-lain lagi yang memang harga gila mahal.

Atau anda boleh buat satu atau dua koleksi jam tangan antik yang ada nama. Kalau datuk anda dulu ada simpan jam berjenama ketika zamannya, berebut ambil jam tu untuk jadikan simpanan anda sebagai jam tangan majlis nanti.

Itu cadangan 3 jenis jam tangan yang anda boleh pertimbangkan untuk adakan koleksi jika anda seorang peminat jam amatur dan paling penting memang adalah duit sikit.

Jika anda ada pandangan lain yang menarik untuk dikongsikan, boleh komen kat bawah ni. Terima kasih!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 jenis jam tangan yang perlu ada dalam koleksi jika anda peminat jam amatur

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Sekarang zaman fitness Tracker dan smartwatch, lagi best function dia, ada yang premium dan ada yang dari China macam Huawei, amazfit, xiomi, Korea biasa la Samsung pergh banyak dah guna terus tengok jam yang konvensional macam tak ada apa..

    ReplyDelete
  2. Kalau premium contoh terdekat Fitbit sense siap boleh detect jantung ada masalah atau tidak sebab ada ECG.. Polar,Vantage, Samsung pun boleh dikata premium sebab pencabar Ipone.. Sekali dah tahu pasal smart watch dan fitness Tracker terus jatuh hati, kalau Garmin atau Saunto ini pakar GPS, dan sekarang ni jam konvensional macam taq huer pun dah buat macam smart watch,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu tuan. Kalau dilihat dari segi ciri-ciri yang ada, smart watch memang jauh lebih bagus dari jam konvensional ..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !