Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 21, 2021

Pandangan seorang rakyat Malaysia tentang hala tuju negara kita ketika Covid-19 ini

  Mohd Shubhi       Friday, May 21, 2021


Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana-mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik, bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar. 

Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang sedang merobek kehidupan rakyat dan pelajar terutama rakyat yang tidak bergaji tetap serta masa depan pelajar.

Bagi saya Covid-19 akan terus bersama kita selama 3-5 tahun lagi sekurang-kurangnya. Jadi polisi dan ekologi sebarang aktiviti telah, sedang akan terus berubah baik dari tindakan, perjalanan kehidupan serta aliran minda kita.

Polisi Transformasi Ekonomi Covid-19 dan Pendidikan Negara dengan Polisi adaptasi situasi perlu dibentangkan dan diwujudkan secara jelas dan telus. Bajet dan persetujuan serta “deep dive thinking” wajar dilaksanakan. 

Negara sukar ingin bergerak jika kita sekadar bergantung harap pada Vaksin dan Pelitup Muka. Covid-19 bukanlah satu isu umpama jerubu yang mana datang sekali sekala. Ini isu berterusan. Ini isu kelangsungan dan kebergantungan hidup secara berterusan. Bukan dengan norma baru. Tiada lagi isu norma baru. Inilah norma kita. Inilah cara kita. Inilah tatacara kita. 

Hal ekosistem negara yang lebih inklusif serta perlaksanaan polisi rentas setiap sektor industri yang melibatkan rakyat perlu diambil kira. Ini bagi membolehkan “Velositi Ekonomi” aktif semula. “Sustainable Economic and Business Framework” harus dicari. Libatkan rakyat. Pembuat polisi bukanlah insan yang terlibat sehari-hari dengan karenah kesusahan kais pagi makan pagi dan ada kais pagi ini esok pun masih kais tanpa makan. Jika hanya libatkan “Policy Makers” maka Program Transformasi Ekonomi ini hanya akan jadi teori dan polisi buku teks.

Tidak ada ahli politik atau parti yang sempurna tapi Allah berikan ilmu dan kemahiran setiap manusia berbeza. Jadi, letakkan isu pilihanraya dan isu parti ditepi. Duduk berbincang dengan kemahiran masing-masing agar negara kita dapat dibangunkan semula. Ingat kita berjuang untuk negara dan rakyat. Inilah masanya. Bersikap matang.

Jika kehidupan rakyat terganggu, mana-mana parti memerintah juga masih akan menanggung penderitaan rakyat. Bukan bermakna Parti A memerintah, Covid-19 ada, dan parti lain memerintah Covid-19 akan lari. Fikiran jumud berpaksikan parti elok dilupakan. Fokus utama sekarang ialah kemapanan ekonomi negara dan kesihatan serta “perjuangan negara” dan bukan perjuangan parti.

Polar aktiviti kehidupan rakyat berbeza. Proses perjalanan perniagaan juga berbeza. Proses kelestarian pendidikan telah berubah sama sekali. Satu ombak perubahan yang tiada penghujung dan satu sasaran yang jelas perlu ada.

Perancangan Senario Untuk Pembentukan Semula Ekonomi dan Perjalanan Hidup wajar diwujudkan. Hal ini amat serius. Ini bukan soal polisi ad-hoc. Ini soal “survival.” Ini soal tentang ada makan tak di pinggan. Ini soal ada tak lagi kehidupan. Ini soalan penutupan ribuan perniagaan. Ini bukan soal main-main. Ini soal hidup dan mati bagi ramai rakyat. 

Bagi saya sila ketepikan polemik partisan dan ketengahkan kematangan fikiran. Anggapkan Parti kita ialah “Parti Malaysia.“ Kemenangan pilihanraya kita ialah kemenangan memenangi Covid-19. Itulah kemenangan sebenar.

Selain “intervensi” dengan masalah Covid-19, kita perlu melihat impak ekonomi dan juga isu antarabangsa dengan tercetusnya konflik Palestin-Israel. Hal ini memberikan tusukan pedih buat jiwa dan fikiran setiap umat Islam yang faham akan isu di sana. Selain itu, kita kena ingat akan kesan sampingan yang libatkan hubungan luar dan kesan ekonomi yang bakal berlaku. Keadaan keselesaan Malaysia mungkin akan berubah. Kita perlu melihat apakah bantuan kita dan sokongan kita kepada Palestin dan bukan sekadar mengecam, membuat forum dan keluarkan kenyataan. Satu tindakan “besar” harus dilakukan.

Semoga ada sedikit manfaat buat yang membaca. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya. Maaf.

——————————————-

Artikel Pandangan Tentang Hala Tuju Negara Ketika Covid-19 ini sumbangan dari saudara Azad Jasmi bertarikh  17 Mei 2021 dengan nota kecil berbunyi - 'Tanpa Prejudis'
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pandangan seorang rakyat Malaysia tentang hala tuju negara kita ketika Covid-19 ini

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Betul saya sangat setuju. Tapi kalau satu pihak sahaja yang berusaha, manakala sebelah pihak lagi seboleh-boleh menentang tanpa sumbangan untuk membantu, berjayake? Lebih-lebih lagi dengan viral yang mengatakan vaksin itu racun, lagi parah, pulak tu rata-rata Melayu tak mahu divaksin. Pendidikan pula, kerajaan sudah sediakan platform yang kukuh untuk melaksanakan pdp dalam talian. Alasan tiada gajet, banyak syarikat melaksanakan pemberian percuma kepada mereka B40, cuma perlukan komuniti untuk membantu mendaftar dan jangan diletakkan kepada pihak sekolah shj. Cadangan pihak sekolah perlulah melakukan analisis keterlibatan murid-murid dalam Pdp online, kenalpasti, dan melakukan intervensi supaya 100% pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Semua ini memerlukan kerjasama utuh dari semua pihak dan saya sangat bersetuju, tinggalkan kepartian sebentar, bersatu, bergerak seiringan memastikan negara akan kekal selamat dan mampu menghadapi masa yang gelap ini.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !