Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 25, 2021

Pencetak 3D burger berasaskan tumbuhan: Boleh ke makan burger rasa babi?

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 25, 2021


Satu demi satu ciptaan luar biasa dan menarik berlaku di dunia sekarang. Betullah macam telahan satu buku yang saya baca. Menyentuh teknologi eksponensial yang sedang berlaku sekarang.

Kata buku tersebut. Manusia sedang berada di ambang ledakan perkembangan naik teknologi yang sangat pantas. Perubahannya adalah dalam kadar eksponensial. Orang yang faham matematik, tahu bagaimana pergerakan menaik graf eksponensial ni.

Bermula naik secara perlahan. Kemudiannya pada satu titik, ia mula naik mencanak secara menegak. Dan kita sedang berada di titik tersebut.

Anda boleh lihat perubahan yang berlaku berkadar dengan masa. Masa dulu, untuk muncul satu teknologi baru yang mengubah cara kehidupan manusia ambil masa yang sanat lama. 

Ratusan tahun baru ada ciptaan besar. Teknologi pengangkutan adalah satu contoh perubahan besar yang berlaku hasl dari ciptaan enjin. Kemudian elektrik, kemudian elektronik.

Sekarang benda baru terhasil dengan lebih pantas. Jika anda nak buat bisnes yang berkaitan dengan IT dan aplikasi. Buat unjuran matang bisnes itu dalam tempoh 5 tahun. Orang akan ketawa. 

Sebab dunia IT, 5 tahun bermakna ciptaan baru anda itu sudah ketinggalan zaman. Ciptaan baru yang jauh lebih canggih akan masuk pasaran dengan banyaknya dalam tempoh 5 tahun.

Pencetak 3D burger

Salah satu teknologi luar biasa yang sekarang dah makin laju masuk ke pasaran perniagaan adalah percetakan 3D. Bermula dari cetakan benda mati seperti kasut, bata bata, pakaian dan seupamanya, sehingga ke peringkat cetakan organ dalaman binatang dan manusia.

Pencetak 3D boleh cetak jantung yang mampu hidup sekarang. Bila dah siap dicetak, jantung mampu berdegup!.

Jika dah sampai ke tahap itu, apalah sangat pada mesin mencetak burger.

Itulah yang dibuat oleh satu syarikat Israel SavourEat. Sebuah syarikat teknologi makanan baru yang buat mesin mencetak burger. Daging burger yang dicetak adalah berasaskan tumbuhan.

Tapi bentuk rasa dan teksturnya sebiji macam daging.

Syarikat itu bergabung dengan sebuah syarikat dari France, Sodexo untuk mula kembangkan produk mereka. Burger berasaskan tumbuhan yang menggunakan pencetak 3D akan ditawarkan kepada pelanggan terdiri dari pelajar universiti.

Itu langkah besar yang pertama. Makanan berasaskan cetakan 3D dengan menggunakan ramuan semuanya dari hasil tumbuhan. Cetak keluar jadi burger sebijik macam daging.

Oleh kerana ia syarikat Israel, mereka hasilkan makanan yang boleh diterima oleh pengganut agama Yahudi. Dalam ertikata mudah, halal berdasarkan anutan agama tersebut.

Tak lama lagi tentu ia akan berkembang ke seluruh dunia. Gambar kat atas tu adalah mesin pencetak 3D burger tersebut.

Anak cucu kita akan lalui cara makan dan penyediaan makanan yang sangat luar biasa tak lama nanti. Jika panjang umur, kita juga bakal lalui pengalaman yang luar biasa itu.

Makanan yang dihasilkan oleh mesin pencetak 3D.

Masukkan semua ramuan yang diperlukan ke dalam mesin pencetak 3D. Tekan butang dan mesin mula buat makanan. Mesin tersebut cetak keluar burger. Ambil bakar atas api atau goreng. Bunyi bila kena minyak panas, bau yang keluar, sebijik macam anda goreng daging betul.

Mereka juga sedang buat daging hurger babi yang kesemua ramuannya adalah berasaskan tumbuhan. Itu untuk memenuhi pasaran mereka yang suka makan daging burger babi.

Tapi ianya bukan babi. Cuma rasanya saja sebijik macam babi.

Persoalannya bolehkah orang Islam makan burger babi yang dicetak keluar oleh mesin cetakan 3D tersebut?

Secara luarannya, jika hanya dilihat dari sudut bahan sahaja, tak ada larangan untuk orang Islam makan apa saja benda makanan yang berasaskan tumbuhan.

Tak pasti pulak dari sudut kerohanian. Boleh ke tak boleh?

Adakah salah untuk seorang yang beragama Islam nak rasa burger yang rasa dan teksturnya sebijik macam babi?

Kena tanya Dr Maza bab yang agak advance sikit macam ni.

Baca sumber asal perihal mesin cetakan 3D burger kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pencetak 3D burger berasaskan tumbuhan: Boleh ke makan burger rasa babi?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !