Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, August 27, 2021

Sarung tangan khas jaga tapak tangan supaya tak kematu mendagu atau angkat besi

  Mohd Shubhi       Friday, August 27, 2021


Setiap pagi saya akan keluar rumah ke taman permainan. Paling awal, pukul 7:30 pagi. Paling lewat pukul 8:30 pagi. Ada juga masanya terleka sampai pkul 9:00 pagi baru terhegeh-hegeh nak turun.

Waktu sebegitu, tak ada orang bersenam kat taman tak jauh dari rumah saya tu. Biasanya makcik dan pakcik Cina jiran setaman bersenam lebih awal. Pukul 7 mereka dah selesai. Ada juga yang lewat sikit. Masa saya turun mereka baru selesai.

Itu salah satu sebab kenapa saya turun lewat sikit. Bersendirian layan brisk walk sekeliling taman terasa lebih mendamaikan. Memang syok berkhayal, mengelamun seorang diri sampai 5 kilometer.

Sebab keduanya adalah faktor nyamuk. Lebih lewat, lebih bagus. Nyamuk Aedes punya shift bermaharajalela adalah antara pukul 6:30 pagi ke 10:30 pagi. Tapi takkanlah saya nak pergi bersenam jam 10 pagi pulak kan!

Ada satu lagi perkara penting kenapa turun lewat sikit. Supaya dah ada cahaya matahari. Kulit perlukan cahaya tu untuk serap vitamin D. Sangat penting untuk tubuh badan kita.

Mendagu dipalang besi

Kalau hari sibuk. Nak keluar kerja wal. Hanya 3 kilometer saja akan dihabiskan. Jika tak ada apa yang mendesak, saya akan pastikan paling kurang 5 kilometer pusingan dibuat.

Selesai semua pusingan, buat sedikit senaman legakan urat sarah sedikit. Nasib baik ada peralatan mainan di tengah taman. Ada palang besi. Ada papan gelongsor juga. Tempat yang sesuai untuk aktiviti kuatkan otot tangan.

Salah satu senaman yang dipaksa buat adalah mendagu. Buat dalam 3 set sahaja. Satu set angkat badan hingga dagu melepasi palang besi sebanyak 5 ke 7 kali. Ikut mood kekuatan hari itu.

Oleh sebab setiap hari mendagu begitu. Palang besi tu pula tak berapa besar saiznya. Ia berikan kesan pada tapak tangan. Betul-betul di bahagian atas tapak tangan nak sambung ke jari, kulit jadi keras kematu teruk di situ.

Mulanya diabaikan saja. Rasa itu perkara biasa. Tapi bila makin lama makin tebal. Dah mula rasa tak selesa. Keras semacam. Tentu tak sedap bila belai kulit orang dengan tapak kematu sebegitu.

Sarung tangan khas mendagu

Setiap kali nak mendagu, terfikir kalau ada kain lapik tapak tangan ni tentu bagus. Asyim terfikir sahaja tanpa ada tindakan selanjutnya.

Hinggalah satu hari tu teringat pada Lazada.

Kenapa aku tak taip sdaja perkataan mencari sarung tangan untui mendagu. Orang putih kata pull-up. Maka selepas bersenam satu pagi tu, terus buka portal online dan buat carian.

Nah! memang ada bersepah rupanya. Macam-macam pilihan. Bukannya mahal pun. Memang orang dah lama pertimbangkan keselamatan dan keselesaan bersenam supaya tak berlaku kecacatan pada kulit.

Saya buat sedikit carian. Baca sedikit laporan dan komen pembeli. Tengok mana yang rasa sesuai untuk dijadikan teman bersenam bila mendagu nanti.

Banyak sarung tangan adalah untuk angakt besi. Saya tak bersenam macam itu. Perlu yang khas untuk mendagu. Nak pelihara supaya tida lagi kematu pada tapak tangan tu.

Akhirnya jumpa satu dibuat dari kulit. Kelebihannya adalah tebal yang bersesuaian. Tak balut penuh tangan tu. Hanya lindungan bahagian tapak saja. Ia juga berikan kekesatan yang cukup agar tak mudah tergelincir.

Harganya juga sangat berpatutan. Sangat berbaloi. nak beli 10 pasang pun boleh. Apa lagi. Saya terus beli saja dan tunggu barang sampai.

Ambil masa sedikit. Seminggu lebih sikit baru sampai. Mungkin keadaan PKP buat semua benda jadi slow.

Beli sarung tangan ni Kat Sini


Bila sampai, teruja nak cuba.

Dan dah pakai banyak kali setiap kali mendagu kat taman pada palang besi tu. Lega rasanya. Selesa. Berikan lebih kekuatan dan grip pada besi. Paling penting tapak tangan dan kulit yang kematu itu dah mula beransur pulih lega untuk kembali kepada keadaan biasa.

Jika anda berminat nak beli. Saya berikan pautannya kat sini. Beli lah ! sangat berbaloi. >> Beli sarung tangan mendagu di sini.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sarung tangan khas jaga tapak tangan supaya tak kematu mendagu atau angkat besi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !