Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 7, 2022

6 perkara yang membuatkan ular datang masuk ke dalam rumah anda

  Mohd Shubhi       Monday, February 7, 2022


Sepanjang saya duduk di kampung dulu, paling kerap, ular yang masuk dalam rumah atau sering terjumpa berada di kawasan rumah adalah ular senduk.

Ada yang besar dan ada yang kecil.

Yang menakutkan bila berhadapan dengan ular ini adalah bila dia kembangkan kepalanya berdiri dalam keadaan bersedia nak patuk kita. Rasa ngeri bila tengok dia macam itu.

Kalau terjumpa dengan Ular Senduk jenis sembur pula, lagi menakutkan. Nampak garang dan ganas sangat bila dia kembangkan kepalanya dan sembur keluar ke hadapan.

Selalunya, pantas saja tangan mencapai kayu atau apa saja senjata yang ada. Terus libas dan matikan ular tu.

Itu dulu lah. Ketika duduk kat kampung. Bunuh ular tu sebab terkejut dan risau jika dia menyorok dalam rumah tak tahu kat mana.

Sekarang, bagi orang yang pakar terhadap ular ni, mereka tak setuju jika kita pukul dan bunuh ular tu.

Bagi mereka, biarkan saja. Halau keluar dan tak perlu nak pkul sampai hancur mati ular tu.

Ular masuk rumah

Ada beberapa jenis ular yang suka masuk ke dalam rumah kita. Terutamanya rumah yang duduk di kawasan kampung.

Rumah di Taman Perumahan juga tak lepas dari kemasukkan ular jika kawasan taman tu tak jauh dari kawasan hutan belukar.

Berikut saya kongsikan beberapa jenis ular yang suka masuk dalam rumah atau sering terserempak berada di persekitaran rumah anda.

  1. Ular Senduk (monocled cobra)
  2. Ular Senduk Sembur (spitting cobra)
  3. Ular Tedung Selar (king cobra)
  4. Ular Sawa (python)
  5. Ular Tikus (rat snake)
  6. Ular Selinsing (racer snake)
  7. Ular Lidi/Daun/Pucuk (Bronzebacks/Whip snakes)
  8. Ular Pokok (flying)
  9. Ular Sampah (wolf snake)
  10. Ular Siput (slug snake)
Dalam kesemua ular di atas, yang berbisa dan merbahaya adalah No. 1, 2 dan 3. Jadi berhati-hati kalau nak tunjuk pandai atau tunjuk kuat.

Ular No 4 pula tidak berbisa. Tapi berbahaya.

Bagi ular no 5 dan 6, mereka sangat defensif untuk pertahankan diri. Jadi mampu mendatangkan kecederaan jika diganggu. Walaupun begitu, mereka tidak berbisa. Biasanya akan segera melarikan diri bila diganggu.

Yang selainnya, tak merbahaya, tak bisa dan tak mengancam. Sering cabut dengan pantas melarikan diri bila terserempak dengan manusia.

Selain dari ular yang tersenarai di atas, ada juga jenis lain yang masuk atau berada di sekitar rumah tapi jarang-jarang berlaku. Antaranya adalah seperti Ular Kapak, Ular Air, Ular Katam dan Ular Kucing.

Semua maklumat di atas saya ambil dari perkongsian dalam FB ni 

Ada satu masa dahulu, Ular Kapak macam mengamuk dan kerap di temui di kampung saya dulu. Saban hari ada saja cerita orang kena patuk ular kapak.

Sekarang saya dah tak dengar kes sebegitu lagi 

6 perkara buat ular datang


Berbalik kepada tajuk utama artikel, saya kongsikan 6 perkara yang membuatkan ular datang atau masuk ke dalam rumah anda atau berada di persekitaran rumah.

Ada beberapa sebab utama yang membuatkan ular datang ke rumah anda. Kalau tak mahu hadapai masalah ular ni, sila teruskan baca di bawah untuk ketahuinya.

1. Kehadiran tikus


Ada tikus kat rumah memang menyusahkan. Dia makan rosakkan barang dan lain-lain. Tapi yang paling tak best sekali adalah dia juga berpotensi menarik ular datang. Tikus memang makanan ular.

Bila ada makanan, maka adalah daya tarikan ular nak datang.

Selain dari tikus, makanan lain seperti telur burung, anak burung dalam sarang, katak, mengkarung dan ampibia lain juga adalah makanan yang mampu menarik kehadiran ular.

2. Timbunan daun pokok


Bila ada pokok kat sekitar rumah, ada banyak dedaun pokok akan gugur ke bawah. Biasanya anda akan sapu dan kumpulkan pada satu tempat.

Elok segera di bersihkan dan jangan dibiarkan himpunan berteraburan begitu. Ia akan memberikan ruang menyusup untuk ular menghampiri ke sekitar kawasan dan berdekatan rumah anda.

3. Batu-batuan


Sekarang dah jadi trend orang suka buat hiasan susunan batu-batuan untuk ruang landskap rumah. Memang cantik tapi berwaspada.

Wujudnya keadaan susunan batu bata atau kayu kayan yang redup dan damai itu memberikan daya tarikan kepada ular juga.

Jika anda suka buat susunan dan hiasan begitu, pastikan jangan terlalu dekat dengan rumah anda. Jauh sikit tak apa. Tapi berhati-hati bila berada di kawasan itu.

4. Rumput dan pokok renek


Rumah yang ada rumput, dihiasi pula dengan banyak pokok renek memang mendamaikan. Nampak cantik dan redup.

Selain dari menarik mata memandangnya, ia juga menarik makanan ular sepeti tikus dan amfibia untuk berada di kawasan itu. Jadi satu lagi faktor yang menarik kehadiran ular.

Jadi, pastikan rumput tidak panjang sampai jadi tempat menyorok binatang kecil tu. Pastikan juga pokok rtenek tidak terlalu meliar dan berada hampir dengan kawasan rumah. Jauh sikit tak apa

Sering juga orang tanam pokok renek tepi dinding rumah mereka. Elakkan buat begitu jika anda mahu pastikan ia tidak menarik kehadiran ular.

5. Rekahan struktur bangunan


Ini tak beritahu pun anda tentu tahu.

Penting untuk pastikan rekahan dan retak binaan pada struktur rumah anda di baiki supaya tak ada ruang untuk ular manyusup masuk melaluinya.

Apa lagi jika retak itu bersebelahan pokok dan tumbuhan renek yang subur banyak. Segera baiki!

6. Tadahan air


Sama macam kes landskap di atas, selain dari batu dan kayu yang disusun bersimpang siur dan berlubang, orang suka buat tadahan air kecil pada taman buatan di rumah juga.

Ada kalanya sengaja dibuat seperti tadahan buat burung datang minum dan mandi manda.

Itu juga mampu jadi satu daya tarikan kehadiran ular 

Jika anda perlukan khidmat nasihat tentang kawalan serangga & makhluk perosak, dapatkannya dari syarikat pest control berlesen Easelife Services Sdn Bhd. Hubungi Puan Siti 012-206 7357 utk maklumat lanjut
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 6 perkara yang membuatkan ular datang masuk ke dalam rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !