Ada kalanya anda perasan secara tiba-tiba lipas muncul agak banyak pula di dalam rumah. Terutamanya di bahagian dapur rumah.
Tentu tertanya-tanya dari mana datangnya lipas ini secara tetiba ada?
Sebelum pergi lebih jauh, anda cuba lihat waktu di mana secara tiba-tiba terjumpa lipas tersebut di dapur tumah. Adakah dalam waktu biasa anda ada di dapur itu atau kebetulan malam itu anda rasa dahaga dan bangun ke dapur untuk ambil air masak.
Kenapa saya kata begitu?
Sebab kemungkina memang lipas memang dah ada dalam rumah tu. Tapi anda sendiri tak terserempak sebab waktunya tak sama.
Lipas ni jenis keluar malam untuk cari makan. Dalam waktu cerah disiang hari. Atau jika masih awal. Lampu kat dapur tu masih terang benderang, maka dia relaks dulu tak mahu keluar.
Bila semua orang dah tiada, lampu dipadam di semua tempat, anda pula dah masuk tidur, barulah dia mula keluar merayap untuk cari makan. Selama ini dia menyorok saja dalam kabinet bawah singki atau bawah dapur tu.
Jenis lipas yang biasa ada di rumah
Secara umum ada 2 saiz lipas yang anda sering jumpa ada di rumah. Yang pertama bersaiz besar. Ini yang sering kita jumpa di kawasan lembab biasanya di tandas rumah terutama di kawasan tangki najis atau di longkang. Namanya adalah Lipas Amerika (Periplaneta Americana).
Ada juga yang bersaiz besar macam ni tapi di panggil Lipas Australia (Periplaneta australasiae).
Satu lagi bersaiz kecil. Hanya satu pertiga sahaja dari jenis besar di atas tadi. Yang kecil ini kita panggil Lipas Jerman (Blatella Germanica).
Lipas Jerman jenis ini lebih mudah ditemui di restoran, dapur hotel atau apartment. Tepat kegemarannya adalah kawasan gelap, tersorok di rumah seperti belakang peti ais atau dalam almari.
Ada yang salah sangka ingatkan jenis kecil ni adalah anak lipas sebelum dia membesar jadi macam Lipas Amerika tu. Salah sebenarnya.
Ada yang bersaiz sama seperti lipas jerman ini juga tapi dipanggil Lipas Jalur Coklat atau Brown Banded (Supella longipalpa).
Untuk mudahkan cerita kita fokus pada 2 yang biasa saja. Iaitu Lipas Amerika dan satu lagi Lipas Jerman.
Jadi, kenapa lipas ada di dalam rumah anda?
Ada beberapa sebab utama seperti berikut.
- Makanan - Cuba lihat tinggalan makanan di singki, atau di bahagian dapur di mana-mana celahan. Mungkin selama ini semuanya bersih cuci calat tetapi dah tak dibersihkan seperti biasa lagi. Pastikan sentiasa basuh kemaskan ponggaqn mangkuk dan tiada sisa makanan terdedah.
- Tong sampah - Macam mana anda uruskan tong sampah selama ini? Pastikan ada penutup rapat. Paling elok, kosongkan tong sampah setiap hari keluarkan dari rumah supaya tiada sisa makanan yang menarik lipas datang.
- Bekas bungkusan makanan - Bekas bungkusan makanan sentiasa ada sisa makanan di dalamnya. Sama seperti kes makanan dan tong sampah tadi. Jangan leka untuk bersihkan buang keluar dan jangan biar berterabur dalam rumah.
- Kebocoran air - Lipas suka tempat yang lembab. Bila ada air, maka potensi untuk lipas ada mula meningkat. Jika paip bawah singki anda tu bocor sikit, kawasan itu akan jadi lembab. Gelap pula tu. Memang kondisi yang mesra lipas.
- Faktor sekeliling - Anda mungkin jaga semua perkara di atas. Bersihkan selalu dapur depan dan belakang rumah. Tapi jika jiran kiri dan kanan jenis pengotor, rumah mereka banyak lipas, anda akan turut sama terima tempiasnya. Rak ada cara lain untuk elakkan masalah itu selain dari pastikan semua celahan dari luar ditutup supaya lipas tak merayap masuk.
- Bawa dari luar - Ada kalanya anda nak buat kenduri dan beli banyak barang secara pukal. Dalam bungkusan atau kotak ada lipas tanpa anda sedari. Itu juga jadi punca tetiba muncul lipas banyak dalam rumah.
Cara elak lipas dalam rumah
Dapatkan khidmat pest control bertauliah dengan harga berpatutan dari Easelife Services Sdn Bhd. Call atau whatsapp terus wakil syarikat di bawah:Athirah 010-2342542 (Tekan Utk Whatsapp)Mohammad 019-2260807 (Klik sini utk Whatsapp)
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !