Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, February 10, 2022

Kerja rider buat food delivery gaji banyak, buat apa susah-susah kerja tetap kat PKS

  Mohd Shubhi       Thursday, February 10, 2022


Baru baru ni, ada seorang anak muda datang temuduga di syarikat kecil saya. Dia datang atas cadangan seorang kawan yang jauh lebih senior darinya di taman tempat dia tinggal.

"Apa matlamat nak kerja di sini?", pertanyaan saya sambil membelek borang permohonan kerja yang dia dah isi.

Banyak yang dia tak isikan. 

Pengalaman kerja juga tak ada yang mampu melekatkan kamahiran yang boleh saya anggap mahal dan bernilai.

Dalam bab pencapaian akademik dia tulis sampai setakat Tingkatan 3 sahaja.

"Saya nak cari satu kerja tetap", jawabnya sambil senyum.

Untuk pastikan kedudukan persekolahannya saya tanya kenapa tak ada Tingkatan 5. Dia beritahu hanya belajar takat Tingkatan 3 sahaja.Selepas itu, berhenti dan buat macam-macam kerja rencam untuk cari duit.

Ayahnya dah meninggal ketika itu. Tak ada sesiapa nak sara kehidupan mereka. Dia merupakan anak ke-3. Ada 2 orang abang lagi di atasnya. Dan kedua-dua nya juga kerja kasar tak tetap.

"Sekarang buat kerja apa?", tanya saya lagi.

"Jadi rider buat delivery!", jawabnya pendek.

"Berapa boleh dapat sebulan jadi rider buat delivery tu?", memang saya ingin tahu perkara itu.

Jumlah pendapatan anak-anak muda yang berpeluang cari duit sebagai rider memberikan kesan besar kepada pasaran kerja d syarikat PKS atau syarikat khidmat kecil macam syarikat pest control yang saya jalankan.

Dia beritahu saya secara purata, sebulan boleh dapat dalam RM2,500. 

Itu satu jumlah yang banyak buat anak muda yang tak ada apa-apa kemahiran, tak mengaji sekolah sampai habis tingkatan 5.

Memang saya terkejut!

Untuk tidak memanjangkan masa, saya terus terangkan kepadanya tentang kerja yang ditawarkan. Untuk orang yang baru, tak ada lansung pengalaman, saya tak boleh bayar tinggi.

Paling hebat pun hanya dalam RM1,500 sebulan. Tambah dengan kerja lebih masa dan sebagainya, dia hanya boleh dapat mungkin dalam RM1,800.

Masih jauh lebih rendah dari jumlah RM2,500 yang dia dah biasa dapat.

Bukan itu saja. Dia terpaksa kerja secara berdisiplin. Tak boleh rehat malas ikut suka hati. Perlu ikut jadual yang syarikat tetapkan penuh setiap hari sepanjang bulan. Masuk jam 8:30 pagi dan selesai jam 5:30 petang. Perly tunggu jika anda OT.

Selain dari itu, perlu belajar semula untuk ambil peperiksaan bagi mendapatkan lesen bekerja dengan bahan terkawal.

Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam bab serangga dan makhluk perosak seperti lipas, tikus, anai-anai, nyamuk, burung, semut, kelawar, burung dan lain-lain.

Kena belajar pasal bahan kimia pula. Kena tahu undang-undang kendalian semua bahan tersebut.

Juga perlu pandai kendalikan mesin dan peralatan. Perlu pandai berkomunikasi dan berdisiplin dalam melaksanakan tugas.

Paling tak best, dengan semua perkara yang menyusahkan itu, gajinya rendah sahaja berbanding kerja jadi rider buat food delivery.

Jadi kenapa perlu susah-susah kerja tetap?

Memang betul apa sangkaan saya. Dia tolak mentah-mentah tawaran kerja tetap bersama jagi tetap dalam lingkungan RM1,500 tak termasuk OT tu.

Dan saya tak salahkan dia!

Bencana GIG Ekonomi

Antara perkara baru dalam dunia pekerjaan sekarang adalah dalam ekonomi GIG. 

Kenapa mereka sebut 'GIG' ?

Yang saya tahu ia berasal dari perkataan Bahasa Inggeris antara maknanya adalah kerja berbayar terutamanya kerja sementara. Masa dulu biasanya kerja pemain musik dan seumpamanya.

Ada bagus dan ada tak bagus bila meletusnya budaya kerja GIG ni.

Yang bagus adalah anda boleh berhenti kerja sebab bosan dengan boss 24 jam tanpa risau nanti tak boleh cari duit nak makan dan minum.

Berhenti saja dan esok boleh jadi rider buat food delivery. Atau boleh jadi Grab driver jika dah biasa daftarkan diri sebagai pemandu grab part time masa masih kerja dulu.

Ramai pemandu GRAB yang saya jumpa buat part time, kemudian berhenti kerja jadi fulltime pemandu grab dan berlarutan selama 3 ke 4 tahun. Selesa dengan kerja itu dan pendpaatannya boleh tahan.

Bukan calang-calang pendidikan mereka. Ada yang bekas jurutera, ada salesman, ada lulusan Al-Azhar.

Ada seorang tu punya lesen sebagai jurutera aircraft tapi bawa garab. Dia tunggu dan tunggu untuk dpaat kerja yang sesuai dengan apa yang dia belajar tapi bertahun-tahun dah bawa grab!

GIG menjanjikan masa yang fleksibel. Rasa rajin pergi kerja, kalau malas tutup semua dan lena atau lepak nonton Neflix saja kat rumah. Tiada apa-apa komitmen dengan majikan.

Masa yang fleksibel adalah sama nilainya dengan matawang. Punya harga yang besar untuk manusia.

Dari situ datangnya keburukan pula.

Bila masa dah fleksibel, kemudian pendapatannya pula boleh tahan baiknya, maka mana ada anak muda yang nak pergi susahkan diri mereka kerja di PKS lagi.

Mula kerja saja dah terus boleh dapat RM2000 ke RM2,500 !

Gila! mudah. 

Siapa tak mau?

Maka orang macam saya yang berniaga dan perlukan pekerja muda untuk dilatih, dibina kerjaya mereka agar membesar seiring dengan syarikat menghadapi masalah besar.

Tak ada anak muda yang kebuloq nak masuk kerja tetap berkomitmen begitu.

Apa jadi 10 tahu dari sekarang?

Apakah anak-anak muda faham akan masa depan mereka?

Bayangkan jika anda jadi rider ketika umut 20 tahun. Seronok dapat melilau lipat motor macam pelmba pro. Hantar makanan dengan ligat ikut waktu yang anda suka. Dapat duit lebih dari mencukupi.

Anda teruskan kerja itu sehingga 10 tahun. Sekarang dah umur 30 tahun. Apa agaknya kemahiran yang anda dapat hasil dari jadi rider buat delivery tu

Itupun jika robot atau drone buat delivery tak ambil alih dalam tempoh masa terdekat ni. Bila itu berlaku, syarikat GIG tak akan pandang lagi kehebatan anda lipat motor sampai helmet menyala sekalipun.

Sekarang bayangkan pula jika anda datang masuk kerja sebagai salah seorang juruteknik pest control di syarikat saya. Gaji memang rendah sikit dari rider.

Kenap berdisiplin pula.

Tapi semua itu untuk berikan ilmu tentang biologi serangga dan makhluk perosak. Untuk pastikan anda dapat kawal serangan mereka dan seterusnya menahan ancaman kesihatan yang dia mampu cetuskan kepada manusia.

Anda akan belajar tentang bahan-bahan kimia. Tentang jenis-jenis bahan, cara ia bertindak dan cara kendalikan semua itu dengan selamat.

Anda juga akan belajar tentang kelengkapan peralatan mesin buat kerja. Perlu tahu selenggara dan mula belajar perbaikinya.

Semua itu adalah kemahiran yang sangat bernilai. Robot tak boleh ganti untuk kerja kawalan secara custom di premis tempat tinggal dan tempat kerja manusia begitu.

Anda akan mendapat lesen mengendalikan bahan merbahaya. Lesen bekerja di kawasan berisiko dan sebagainya. Semua itu skill yang ada nilai boleh dibawa ke depan.

Syarikat juga ada sistem pembinaan kerjaya. Anda boleh naik dari bawah ke atas. Jika bercita-cita tinggi jadi usahawan pula. Atau jika nak teruskan kerja boleh kekal dengan syarikat atau cuba nasib di syarikat antarabangsa lain .. banyak peluang menunggu di depan jika anda istiqamah selama 10 tahun dari sekarang.

Bandingkan menjadi juruteknik pest control ini dengan jadi rider delivery di atas tu .. anda pilih yang mana satu?


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kerja rider buat food delivery gaji banyak, buat apa susah-susah kerja tetap kat PKS

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !