Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 8, 2022

Repair Microwave Oven Sharp yang rosak di Kota Kemuning, Shah Alam

  Mohd Shubhi       Friday, April 8, 2022


"Bang! Microwave oven Sharp kita tu dah rosak. Susah nak buat kerja panaskan lauk. Beli yang baru satu!" beritahu orang rumah pada saya satu hari sebelum masuk ramadan baru-baru ni.

Saya suruh buka sekejap nak tahu apa yang tak kena.

Dia pasang, dan kedengaran bunyi pelik dan berbau terbakar keluar dari microwave itu. Terus segera tutup mesin tu sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku. 

Itu mengesahkan mesin pemanas jenis Sharp yang banyak berjasa selama beberapa tahun sejak dibeli telah rosak.

Saya diam saja dan berfikir panjang. Kat mana nak beli microwave kali ni. Mesin tu dulu dibeli di kedai barangan eletrik. Harganya boleh tahan. Lebih dari RM200 juga.

Jika nak kualiti barangan lebih kurang sama. Harga macam tu memang tak boleh lari. Melayang lagi lebih RM200 ke RM300 untuk dapatkan satu mesin yang baru.

"Kena beli cepat bang sebelum masuk bulan puasa nanti. Senang nak panaskan lauk pauk bila bangun sahur", ayat untuk kuatkan lagi hujah perlu segera gantikan microwave baru.

Saya hanya diam. Masih berfikir panjang dan buat pertimbangan.

Google kedai repair microwave

Selepas sarapan hari tu, saya keluar pergi kerja.

Sambil keluar, teringat nak google kedai baiki microwave oven di Shah Alam. Lalu terus buka telefon dan taip sambil bawa kereta kat jalan taman yang kosong tu.

Eh! ada rupanya khidmat baiki mesin tu. 

Ada paparan beberapa kedai dalam senarai carian. Saya terus buka yang berada di Shah Alam dan baca serba sikit apa yang dipaparkan. nampak memang macam beroperasi di rumah saja.

Selang ebberapa hari, saya ambil mesin tu masukkan ke dalam kereta dan terus memandu menuju ke pokasi tertera dalam phone tu. Tak lama kemudian sampai ke destinasinya.

Kebetulan tempat tu bersebelahan saja dengan kedai tayar Oscar yang sering saya pergi bila nak tukar tayar kereta. Kedai tayar paling murah di Selangor rasanya. Mungkin paling murah di Malaysia.

Sampai di depan rumah tu kelihatan seorang wanita bertudung di depan. Ada pula seorang lelaki berumur sedang duduk. Saya tanya untuk pastikan samada betul ini tempat baiki microwave.

Wanita itu mengiyakan.

Tanpa berlengah, saya angkat mesin tu dan bawa masuk ke depan rumahnya. Letakkan di satu sudut bersama dnegan banyak lagi barang eletrik lain bersusun di situ. 

"Ada bunyi dan keluarkan bau bila pasang mesin ni", terang saya pada wanita itu.

"Dah beritahu pada suami saya ke?" , tanya wanita itu kembali.

Rupanya dia ingatkan saya dah berhubung dengan suaminya melalui telefon untuk beritahu masalah.

Suaminya kerja. Repair microwave itu hanya kerja sambilannya sahaja bila balik rumah selepas habis bekerja. 

Wanita itu ambil satu sticker. Tuliskan nombor phone saya dan lekatkan pada mesin tersebut. 

Orang tua lelaki yang sedang duduk itu rupanya ayah kepada mereka yang datang dari kampung. Bukan tukang repair sebagaimana yang saya sangkakan pada mulanya.

SElang dua tiga hari, saya dapat mesej mesin tu dah siap di repair. Ada dua barang yang sudah ditukar penyebab kepada masalah yang berlaku. Kosnya RM70.

Saya terus pergi ambil dan bawa balik.

Rosak repair, bukan buang

Sekarang mesin tu beroperasi semula macam baru. Selesai semua masalah dan buat penjimatan yang besar kali ini. Tidak lagi terus beli baru setiap kali ada kerosakan pada barangan eletrik sebagai selalu.

Betul kata orang. Bila duit makin sempit, baru tergerak nak cari jalan jimatkan perbelanjaan. Masa duit bukan satu masalah, sikap bodoh tak berhati-hati merajai diri. 

Bukankah baik jika samada susah atau senang, sentiasa cari jalan bagaimana nak jimatkan belanja!

Bagi anda yang nak cuba dapatkan khidmat repair barangan eletrik dari brother tu, saya kongsikan alamatnya kat bawah ni.

Kedai Baiki Steam Iron & Microwave Oven. Shah alam. 017-933 3731

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Repair Microwave Oven Sharp yang rosak di Kota Kemuning, Shah Alam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !