Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 30, 2022

7 cara untuk jadikan diri anda kelihatan boleh dipercayai - Penting diketahui oleh jurujual

  Mohd Shubhi       Thursday, June 30, 2022


Dalam kajian berkenaan persepsi keboleh percayaan orang terhadap seseorang data menunjukkan ada orang yang memang dilahirkan punya kelebihan tersebut.

Contohnya orang yang mulutnya berbentuk U, naik ke atas sikit dan bukannya berbentuk masam mencuka, lebih mudah dipercayai.

Orang yang punya mata besar terbuka luas juga sangat mudah mendapat kepercayaan orang lain yang bersamanya.

Tambah lagi orang yang muka macam budak kecil, kata orang 'baby-faced', memang mudah sangat dipercayai.

Secara umum, muka sedemikian ada pada kebanyakan orang perempuan.

Bagi jenis muka macho semacam, nampak tegas gagah dan berkuasa, lebih susah untuk dipercayai. Itu biasanya lebih ada pada kaum lelaki.

Tapi jika anda hensem, ia memang sangat membantu untuk buat orang mudah percaya.

Kepercayaan juga mudah terbentuk pada mereka yang nampak bijak. Ditabah pula dengan gaya rambut yang perang dan punya muka serta perwatakan yang matang.

7 cara buat orang mudah percaya

Jika anda tak ada kelebihan dilahirkan seperti orang yang punya kesemua sifat seperti di atas tu, masih belum habis harapan lagi.

Masih ada perkara asas lain yang anda boleh lakukan supaya orang akan mudah berikan kepercayaan. Ia hampir sama dengan teknik untuk buatkan diri anda disukai oran orang lain.

Berikut saya kongsikan 7 perkara tersebut. Saya ambil dari buku tulisan Dr Glenn Wilson. Seorang pakar psikologi di London.

1. Senyum manis

Ini petua asas. Macam yang saya kata di awal tadi. Muka yang kelihatan masam mencuka memang meluat siapa saja yang melihatnya.

Berikan senyuman.

Ia merupakan satu isyarat bahawa semuanya baik dan keadaan adalah selamat. Yang pentingnya, perlu ikhlas. Bukan senyum yang buat-buat sampai nampak tak betul dan lakonan sahaja.

Berlatih untuk senyum secara betul depan cermin sangat membantu. Mulut saja gerak senyum sedangkan mata kaku tak mampu buatkan anda kelihatan betul-betul tersenyum.

2. Elak ketap rapat bibir

Ini satu pantang yang perlu dielakkan terus dari menjadi amalan diri.

Jangan buat bibir sempit, mencebik nampak mengada-ngada macam meluat kat orang. Bibir begitu memberikan isyarat tekanan, tak suka dan keadaan tak baik. 

Jadi, elakkan terus.

3. Angkat naik kening

Satu lagi teknik yang saya sering nampak pada Anwar Ibrahim setiap kali dia bercakap. 

Cuba lihat pada kedua-dua keningnya yang sering terangkat naik setiap kali dia bercakap atau berikan ceramah pada orang ramai.

Angkat sikit naik ke atas daalam keadaan relak sangat halus memberikan isyarat bahawa anda sangat terbuka dan bersedia untuk saling berhubung.

Jangan kerutkan dahi dan juga kening tu. Anda nampak macam sedang menyindir. Orang tak suka keadaan itu.

Jangan juga angkat naik berlebihan. Itu mengada-ngada dan mengundang masalah pada orang yang melihatnya.

4. Buka tapak tangan

Jangan sesekali sorokkan tapak tangan anda di depan orang. Buka dan tunjukkan supaya mudah dilihat.

Jika anda berdiri, pastikan tangan berada di depan antara pusat dan dada. Buka atau depa sedikit dan tapak tangan berada di atas dan bukannya berada di bawah.

Otak separa sedar kita gelisah bila orang kat depan asyik sorokkan tangan mereka. Kalau zaman pendekar dulu, dah tentu dia sedang bersedia nak cabut kerambit. Jadi orang akan berhati-hati melihat anda sorokkan kedua tangan samada di belakang atau dalam poket.

Buka, depa tapak tu ke atas dan bersahaja. Ia berikan isyarat bahawa anda tak punya apa-apa untuk disorokkan. Boleh dipercayai!

5. Elak isyarat pagar

Isyarat pagar ertinya anda berikan tanda jangan masuk, jangan hampir dan jangan rapat. Contohnya mendakap rapat kedua-dua tangan anda ke badan adalah satu isyarat menaikkan pagar.

Tutup muka dengan tangan juga satu lagi isyarat menaikkan pagar. Atau merapatkan apa saja barang ke dada anda juga adalah isyarat tak bagi orang rapat.

6. Cerminkan gaya orang depan

Ini jika anda bersama dengan seorang individu di depan  atau ketika bersama ramai orang lain pun boleh juga. Bila anda berinteraksi dengan orang di depan, cerminkan segala pergerakannya bagi sama.

Janganberlebih-lebih sampai nampak macam perli sudahlah.

Pergerakan normal selamba seperti orang di depan anda berikan isyarat anda sama sepertinya. Geng yang satu dan boleh open table.

7. Cara berkomunikasi

Dah betul kesemua gaya di atas, sekarang terpulang kepada cara anda berkomunikasi pula. 

Pastikan anda tahu apa yang diperkatakan. Tak tahu sangat pun tak apa asalkan anda katakannya dengan penuh yakin tanpa sedikitpun rasa ragu. 

Jangan lembab sangat terkemut-kemut nak cakap. Jangan pula laju macam tembakan peluru dari mesin pistol.

Satu lagi, jangan asyik henti sebentar untuk telan air liur. Itu nampak ada kurang keyakinan dan ada masalah. Jangan juga asyik ulang ayat saya berkali-kali sampai orang perasa anda tak tahu apa isi nak cakap sebenarnya.

Tarik kepercayaan 2 minit awal

Saya kebetulan banyak berikan ceramah pada orang ramai. Paling sikit dalam kelas seramai 20 orang. Dan ada kalanya berceramah didepan 200 ke 300 orang peserta.

Dari pengalaman, saya hanya ada 2 minit awal untuk pastikan segalanya sempurna supaya orang buat persepsi awal boleh percaya pada saya sampai habis ceramah.

Jika gagal 2 minit awal tu, sampai habis seminar saya akan hadapi berbagai rintangan untuk yakinkan orang apa yang saya cakapkan.

Cuba amalkan kesemua 7 perkara yang saya sebutkan di atas tadi dalam tempoh 2 minit awal adalah kunci ajaib yang perlu saya kuasai.

Setakat ini, memang mujarab dan sangat berkesan. Perlu juga ditambah dengan penampilan dan pemakaian yang sesuai.

Semoga bermanfaat ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 cara untuk jadikan diri anda kelihatan boleh dipercayai - Penting diketahui oleh jurujual

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !