Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 4, 2023

Memberikan jawatan kepada keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan kenalan bila berkuasa

  Mohd Shubhi       Saturday, February 4, 2023


Tajuk pun dah tentu dapat agak ini nak cerita berkenaan isu apa!

Kalau dalam fikiran anda tergambar wajah Anwar Ibrahim bersama dengan wajah Nurul Izzah, anak perempuannya yang kalah dalam PRU-15 baru-baru ini, memang betul apa yang anda fikirkan.

Untuk yang masih tak tahu. Baru-baru ini Perdana Menteri kita telah melantik anak perempuannya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa pada 3 Jan 2023.

PM menolak tuduhan bahawa perlantikan itu merupakan satu amalan nepotism. Bagi Perdana Menteri, nepotism adalah apabila seseorang saudara dilantik untuk salah guna kuasa, kayakan dirinya, bedal kontrak, dan dibayar jumlah gaji yang tinggi.

Oleh kerana Nurul Izzah dilantik untuk membantu Anwar Ibrahim dalam menjadikan pengurusannya lebih telus, bukan untuk apa yang dia sebut di atas tadi, maka itu bukan nepotism.

Rasa nak gelak pun ada nak nangis pun ada dengan alasan tersebut!

Maknanya jika nanti, ada Menteri yang lantik anak mereka, atau saudara untuk bantu dia, tapi bukan untuk songlap kontrak dan belasah gaji tinggi, maka ianya dibolehkan.

Setakat nak cakap, siapa saja boleh. Takat nak bagi tau kat orang, Mike Tyson pun akan kata dia penyabar tahap tinggi dan tidak akan mudah belasah orang yang ejek dia.

Tapi hakikatnya, dalam perkiraan hidup ini, yang dilihat adalah perbuatan. Bukan apa yang kamu cakap.

Anwar boleh saja cakap dia akan jadikan lembu terbang seperti burung bila jadi Perdana Menteri. Bukan saja Anwar, saya juga boleh cakap, malah anak saya juga boleh cakap. Sebab memang itupun kerja mulut .. cakap.

Tak lantikpun ada kuasa

Perdana Menteri juga berkata, orang yang kritik dia dulupun bagi ratusan juta ringgit projek pada anak-anak mereka.

Tak lantik apa-apa pun boleh berlaku kes berikan kekayaan pada saudara mara.

Itu saya setuju 100%.

Sebaik saja seorang kawan rapat anda sejak kecil sampai sekarang dilantik jadi menteri, maka secara automatik anda ada kuasa.

Kuasa yang terhasil dari adanya akses anda kepada seorang yang ada kuasa besar. kalau anda sendiri tak minta projek, akan ada kawan kepada kawan-kawan yang akan datang minta kelebihan akses yang anda ada.

Sebab itulah anak-anak siapa saja yang bapak mereka jadi Perdana Menteri atau Menteri Besar, atau seumpamanya, automatik hidup senang. Ada saja orang mahu ambil kesempatan untuk ada akses menemui orang yang ada kuasa.

Hanya mereka yang hidup ini untuk Tuhan semata akan mengelak daripada melakukan salah guna kuasa dan sebagainya sekalipun dia ada kuasa besar dalam pemerintahan negara. Maknanya hanya orang yang ada standard macam Nabi Sulaiman saja yang akan selamat.

Untuk pastikan semua itu tidak berlaku, perlu ada satu mekanisma untuk halang salah guna kuasa. Atau paling tidak, jangan bagi nampak sangat secara terang dan nyata. Sedang-sedang saja sudahlah. Jangan tamak bolot sampai pecah tekak.

Tapi gunakan alasan bahawa tak lantikpun boleh ada salah guna kuasa. Maka sebab itulah perlantikkan anaknya adalah tidak salah. Memang satu alasan yang tak sepatutnya keluar dari orang yang tak henti cakap pasal ketelusan, integriti dan segala mak nenek hebat lagi.

Sembang kari

Masa Anwar naik jadi PM ke-10 hari tu pun saya dah cakap yang beliau terang dan nyata selama ini hanya sembang kari saja. Semua apa yang dia goreng atas pentas ketika tiada kuasa adalah sekadar hiburan atas pentas semata.

Sama saja macam seorang bekas menteri yang kata apam dah kering pada seorang perempuan ketika dalam lakonan. Itu hanya sekadar lakonan. Kat luar saya tak cakap macam tu.

BIla di dunia sebenar, dah dapat apa yang dia kejar selama ini, semua disembang karikan begitu saja.

Hairan bin ajaib bila dengan yakin PM ulang berucap nak bersihkan negara dari amalan korup dan salah laku dalam pentadbiran sedang kan awal-awal lagi dia dah bersekongkol lantik orang yang dituduh dan kes masih berjalan sebagai Timbalan Menterinya.

Lepas tu dia lantik anaknya pula jadi pembantu khas. Tak ada gaji katanya jadi bukan nepotisme. Habis tu segala akses, maklumat, terlibat dalam semua urusan, mesyuarat, tahu segala rahsia, sentiasa ada kuasa dan akan terlibat dalam semua urusan secara rasmi. Bukankan itu benda paling berkuasa yang seseorang boleh dapat.

Sebagai manusia biasa, mengelak dari jalan yang lubang adalah cara paling bijak untuk pastikan diri anda tidak jatuh ke dalam lubang. Bukan dengan sengaja ambil juga jalan tersebut sedang kan masih ada jalan lain yang tiada lubang.

Rakyat mudah lupa

Walau bagaimanapun, apa yang Anwar Ibrahim buat adalah satu perkara biasa. Sedikitpun tak hairan. 

Memang dah adat orang politik tidak boleh dipercayai. Mereka licik dan lidah bercabang berdasarkan keadaan dan di mana mereka berada.

Orang yang mahu pelihara dirinya dari najis politik secara bijaknya akan jauhkan diri dari dunia politik.

Mereka ada penyokong yang tegar samada dibayar atau sekadar jadi pencacai bodoh secara percuma. Yang percuma biasanya adalah mereka yang sudah berjaya dipengaruhi oleh pakar-pakar propaganda yang dibayar untuk tetap sokong apa saja kata dan perbuatan pemimpin atau tuannya.

Seperti mana UMNO dulu, walaupun semua orang tahu bagaimana mereka mewah duit, asal jadi ketua saja tetiba naik jadi kaya, namun rakyat tetap sokong mereka.

Yang jatuhkan mereka bukan rakyat. Sebaliknya pertelingkahan sesama mereka sendiri. kalau harapkan rakyat jatuhkan pemimpin korup, sampai kucing bertanduk lah jawabnya. tak akan berlaku.

Buat yang sedar, tak boleh buat apa-apa. Sekadar berikan pandangan, menulis dan beritahu apa yang dilakukan tidak betul. Itu sebagai tanggung jawab sebagai mana yang dianjurkan oleh agama.

Berikan saja peringatan kepada mereka supaya apa yang Tuhan ancamkan kepada para pemimpin yang buat kerosakan akan berlaku. Biarlah mereka di hapuskan oleh Tuhan sendiri bila tiba masanya seandainya mereka berterusan memperbodohkan rakyat.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Memberikan jawatan kepada keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan kenalan bila berkuasa

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !