Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 26, 2008

Cubaan Bunuh Diri

  Mohd Shubhi       Saturday, April 26, 2008
Buzz...buzz... bunyi handphone Nokia saya, kedengaran ketika saya menukar pakaian untuk mandi setelah selesai dari balik berjogging. Jam baru menunjukkan baru pukul 8.30 pagi. Saya pergi melihat panggilan dari siapa pagi-pagi begini. Saya lihat "office Ochre" tertera pada skrin handphone Nokia tersebut. "Apa pulak yang tak kena pulak pada Ochre ni, pagi-pagi lagi dah telefon" kata saya dalam hati.
"Hallo", saya menjawab panggilan. "Cik Bihi, kita ada masalah sikit dengan salah sorang dari staff kita la", kedengaran suara supervisor Fadhil berkata dari corong handphone saya. "Budak baru kita Naim masuk hospital Banting, dia ada kat ICU sekarang" sambungnya lagi. "Kenapa tu..?" tanya saya. "Ceritanya begini Cik Bihi, hari tu saya ada bagi dia chemical Chlophyrifos sikit, dia mintak nak buat semburan anai-anai kat rumahnya, tiba-tiba pagi ni saya dapat panggilan dari abangnya, kata yang dia minum semua racun tu dan tak sedarkan diri, sekarang dia ada kat ICU Banting". Terang Fadhil lebih lanjut. Nadanya seperti risau takut dia dipersalahkan sebab telah memberi racun tersebut pada Naim. "Dia ada masalah ka...?" tanya saya lagi. "Saya dapat tahu dia bergaduh dengan makwe nya". Jawab Fadhil. "Jadi saya ingat saya nak pergi melawat dia sebentar di hospital" sambung Fadhil. " Tunggu saya sat kat office, nanti saya datang kita pergi sekali" kat saya pada Fadhil.
Sayapun bergegas mandi, bersiap dan terus ke office Ochre Pest Control Sdn. Bhd. di Puchong Utama. Sampai di depan pejabat, ada kemalangan pula antara lori Ochre dengan sebuah kereta. Saya melihat saja dari jauh sementara menunggu Fadhil dan Rizal datang untuk pergi bersama ke Hospital Banting. Dari jauh saya tengok staf Ochre yang lain sedang cuba menyelesaikan masalah perlanggaran itu. 5 minit...10 minit... 15 minit...nampak macam tegang saja. Melihat masing-masing tak nak beralah saya keluar dari kereta menuju ke tempat kejadian. Saya perkenalkan diri pada pemandu kereta seorang cina muda bersama keluarganya. Saya melihat kereta remuk sikit kat belakang bumper kereta Honda City yang dibawa Cina tersebut. Saya memaling padanya dan berkata " kita report saja kat balai dan claim insurance". Cina muda itu mengangguk tampa bantahan. Selesai kerja.
Saya Fadhil, Sha dan Rizal terus masuk ke kereta menuju ke hospital. Dalam perjalanan saya dapat tahu yang Naim 2 atau 3 hari sebelum ini nampak murung, tapi dia tak ada menceritakan masalahnya pad sesiapa. Saya kata pada mereka "kalau dah tahu dia bermasalah sepatutnya kau orang beri nasihat, bukannya beri Chemical...!".
Sampai di Hospital Naim sudahpun sedarkan diri, tapi dia berbual seperti orang gila, tak tentu arah. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Itulah kesan dari minum racun tersebut. Saya doakan agar kesan tersebut hanya sementara. Moga dia pulih. Terdetik dalam hati saya "lemahnya jiwa orang muda melayu kita sekarang".
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cubaan Bunuh Diri

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !