Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 25, 2008

Kusyuk

  Mohd Shubhi       Friday, April 25, 2008
Semalam saya ikuti kuliah mingguan yang disampaikan oleh Ustaz Soffiean yang di adakan di surau An-Nur taman puchong Intan. Saya agak lewat hadir namun sempat mengikuti tafsiran ayat terakhir dalam kuliah tersebut:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(45)"
"(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (46)
Surah Al Baqarah.
Perbahasan yang menarik di sini ialah mengenai makna kusyuk. Ustaz menekan kan bahawa erti kusyuk ialah mentaati perintah Allah, mempercayai Al-Quran dan Rasul. Hujah tersebut merupakan pendapat daripada Ibnu Abbas. Makna kusyuk itu di tafsirkan oleh ayat 46 di atas.
Maka mudahlah untuk kita kusyuk dalam sembahyang. Selama ini saya agak kabur dalam erti kusyuk tersebut. Banyak fatwa menerangkan bagaimana mahu kusyuk dalam sembahyang. Ada yang kata kita mesti memahami tiap bacaan, andaikan kita akan mati selepas sembahyang, ingat hanya pada Allah dan lain-lain lagi. Ada juga yang memberi contoh bagaimana sahabat kusyuk, seperti tak terasa anak panah dicabut dari badan, tak bergerak hingga burung singgah ke badan dan berbagai-bagai lagi. Namun tak ada yang menjawab apa itu kusyuk ?. Nah rupanya kusyuk itu telah diterangkan dalam ayat itu juga "(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
Demi Allah saya yakin bahawa saya akan menemui Allah dan akan kembali kepadaNya. Kusyuklah saya...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kusyuk

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Khusyuk bila kita dapat hadirkan hati di hadapan Allah swt sebagaimana kita hadirkan diri atas sejadah, dan kita faham dan sedar apa yg kita kata di hadapan Allah swt, apa yg kita minta kpd Allah swt.
    WaAllahu'alam.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !