Monday, 2 June 2008

Tauke Ikan Bakar

Posted by   on

"Jom pi penang..." saya terima sms dari kawan saya Zul. Ketika itu saya sedang minum dengan Azman dan sepupu saya di sebuah kedai berkembar dengan stesen minyak petronas di Taman Pauh.

Saya dan Azman baru balik dari pergi melihat tanah hutan Azman di Ayer Putih. Letih panjat bukit masih terasa. Setelah berbincang sebentar dengan sepupu, saya kemudian meminta diri untuk beredar. Saya masih belum menjawab sms Zul tadi.

Masuk dalam kereta saya telefon Zul, "pi penang nak buat apa" tanya saya. "makan sup" jawab Zul. "ok, sat lagi saya sampai" saya jawab. Saya memandu kereta menuju ke Permatang Pauh untuk mengambil Zul di Hospital Bersalin Muslimah kepunyaannya.

Separuh jalah emak saya telefon memberitahu yang ubat nyamuk dah habis. Dia minta saya membelinya bila pulang nanti. Saya terus pusing kereta saya menuju pulang. Permintaan emak elok utamakan. Saya ke pekan Penanti untuk membeli ubat nyamuk Fumakila kemudian terus balik ke rumah.

"Mak dah makan ke belum..?" tanya saya pada emak

"Belum, tunggu nak makan sekali dengan hang la.." jawab emak.

"Jom kita makan", kata saya "dah rasa lapar la" sambung saya lagi.

Saya dapat satu sms lagi, "dah kat mana dah..?", Zul tanya saya melalui sms. Saya sms semula " singgah rumah untuk solat dan makan dengan emak kejap, lepas ni saya ke sana".

Selesai makan saya keluar pergi ambil Zul untuk ke Penang. Mula-mula kami bercadang untuk makan sup, tapi saya syorkan pada Zul untuk makan ikan bakar tepi laut.

Dah lama saya tak makan ikan bakar yang sedap. Zul seperti biasa, menjadi penunjuk jalan untuk pergi ke kedai ikan bakar salah seorang kenalannya di Teluk Tempoyak.

Jalan masuk ke kawasan itu sunyi dan amat bening sekali. Kiri kanan jalan yang bersih itu di penuhi banyak pokok-pokok yang rimbun dan lampu jalan menerangi sepanjang jalan. Memang indah sekali suasana tempat itu, tambahan pula di waktu malam.

Sampai di restoran itu kami terus pilih ikan yang hendak di bakar. Zul memilih ikan siakap dan ikan pari. Kami meminta kedua-dua ikan itu dibakar, tiada lauk atau nasi diperlukan kerana kami memang hanya hendak ratah ikan saja.

Selesai memilih Zul mencari Tauke Restoran, rupa-rupanya dia sedang membersihkan persekitaran kedainya dengan mengumpul dan membakar sampah. Kami pergi menemuinya dan Zul memperkenalkan saya pada Tauke Restoran tersebut. Kami seterusnya mengajak dia duduk bersama kami.

Kedai ikan bakar itu besar dan amat selesa. Kami memilih tempat duduk betul-betul di tepi laut. Zul memberitahu saya yang dia pernah datang memberi ceramah motivasi kepada semua pekerja Tauke tersebut.

Tauke ikan bakar ini memang sangat suka mendedahkan pekerjanya kepada ilmu yang bermanafaat. Dia juga selalu menghantar para pekerja ke kursus untuk mendalami lagi ilmu mereka dalam industri penyediaan makanan.

Semasa berbual dengan kami dia sentiasa meminta pendapat kami bagaimana dia dapat memajukan lagi perniagaannya. Saya bertanya pada nya, pada pandangannya restorannya maju di sebabkan oleh rasa makanan yang sedap atau sistem yang dia laksanakan dalam menguruskan restorannya.

Dia menjawab yang dia percaya restorannya maju adalah disebabkan sistemnya, bukan sebab rasa sedap makanan yang dihidang.

Mendengar jawapan dari Tauke itu saya berkata dalam hati, Tauke ikan bakar ini insyaallah akan pergi lebih jauh lagi kerana ia melihat perniagaan ikan bakarnya dalam skop yang luas dan tidak terbatas kepada bakar ikan semata-mata. Insyaallah dia akan berjaya.

Kami meneruskan makan setelah Tauke tersebut pergi meneruskan kerjanya. Rasa ikan yang dihidangkan itu amat enak sekali. Habis licin kami makan. Selesai makan ikan kami berbual-bual sambil menjamah sepinggan buah-buahan yang di berikan oleh Tauke.

Hari dan lewat malam kami ambil keputusan untuk pulang. Saya mahu bayar makanan yang telah kami makan tadi, tiba di kaunter penjaga kaunter itu mengembalikan duit saya. Katanya Tauke tak bagi ambil duit.

Baik sungguh Tauke tersebut, moga Allah murahkan lagi rezkinya. Saya pula menyesal kerana tak tambah sotong untuk dibakar, bukan senang untuk makan free begitu. Bil yang saya lihat bernilai RM38.00

Moga perniagaan ikan bakar itu bertambah maju dan Tauke nya dapat menggunakan perniagaannya itu dalam usaha dia mendekatkan dirinya kepada Penciptanya.

2 comments:
Write comments
  1. salam.. saya telah link blog ini dalam blog saya..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum !,
    Terima Kasih atas kesudian anda.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter