Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 28, 2008

Yang kita tak ada...sabar !!

  Mohd Shubhi       Saturday, June 28, 2008
Sebelum ini saya terpanggil untuk mensyukuri apa yang saya ada. Terdetik pula di fikiran saya bagaimana mahu maju jika kita hanya melihat apa yang kita ada. Sebagai manusia biasa kita tak dapat membohongi diri sendiri yang kita sentiasa mendambakan segala yang kita tak ada. Dan yang kita inginkan itu selaras dengan kecenderungan diri kita yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Ini selaras sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
Al-Imran, ayat 14
Maka saya mengaku yang saya inginkan:
*Menjadi seorang yang soleh, berilmu, banyak sumbangan dan ikhlas dalam segala amalan
*Isteri-isteri yang memahami dan solehah
*Anak-anak yang pintar dan soleh, dewasa, pejuang, berilmu
*Harta benda yang mencukupi, perniagaan yang berjaya, banyak sumbangan untuk ummah dan dakwah
*Kenderaan yang selesa dan muat ramai orang, kenderaan yang hebat, selamat, jimat untuk peribadi, kenderaan syarikat yang sempurna, banyak, disenangi
*Saham pelaburan yang makmur, halal dan berkembang
*Rumah kampung dikelilingi kebun buahan, nyaman, aman dan terjaga rapi.
Segala yang disebut itu tiada dalam pemilikan saya. Selagi ianya tiada pasti saya terdorong untuk berusaha memilikinya.
Apabila saya kenangkan apa yang saya ada, syukurlah saya pada Maha Pencipta...
Apabila saya berusaha mengejar idaman yang saya tiada, hanya kesabaran permohonan saya kepada yang Maha Kaya, Maha Perkasa.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Yang kita tak ada...sabar !!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !