Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 26, 2008

Antara adil dengan tidak adil

  Mohd Shubhi       Saturday, July 26, 2008
"Tuhan hanya buat perkara yang baik sahaja, mustahil Tuhan yang cipta perkara maksiat dan perkara yang tidak baik !" kata seorang teman saya. Dia menegur saya kerana saya berpegangan bahawa tuhan yang mencipta kita dan segala apa yang kita lakukan, samada baik atau tidak baik.

"Tuhan itu maha adil, jika dia yang mencipta seseorang itu melakukan maksiat dan kerana itu dia di seksa di neraka, bukan kah itu tidak adil namanya...? sebab itu, yang jahat itu kita sendiri buat, kita ikut syaitan" tambahnya lagi.

Saya cuba terangkan jika Tuhan masukkan seseorang ke neraka tidak menunjukkan Tuhan itu tidak adil. Dia tetap bertegas menyatakan itu tak adil. Saya dapat tangkap bahawa dia tidak faham apa makna tak adil, atau mungkin dia kurang jelas apa itu Tuhan. Saya cuba terangkan di sini agar kita sama-sama memikirkannya.

1. Tuhan itu Esa. Ini semua orang tahu.

2. Selain dari Tuhan itu semua makhluk. Ini pun semua orang tahu
3. Hanya Tuhan yang maha pencipta, dari tiada kepada ada.
4. Tiada sesuatu yang terlindung dari pengetahuan Allah.

Sekarang kita lihat apa itu tak adil...?
Hanya ada dua makna tak adil,
Yang pertama apabila kita melanggar ketentuan atau syarat atau undang-undang yang telah ditentukan oleh orang yang ada kuasa atau layak untuk menentukan mana boleh, mana tak boleh atau undang-undang itu.

Kedua, tak adil apabila kita mengambil hak orang lain yang bukan hak kita.

Kedua makna di atas mencakupi semua erti tak adil, tak ada makna lain lagi selain dari itu. Sebab itu bila kita ambil barang orang lain tanpa kebenaran kita berlaku tak adil, kalau kita cabul undang-undang seperti langgar lampu trafik merah maka kita berlaku tak adil, atau kita langgar undang-undang syariat juga membawa kita berlaku tak adil.
Begitu juga jika kita sewenangnya menangkap seseorang lalu campakkan dia ke dalam api, kita berlaku tidak adil kerana hak orang lain agar tidak disakiti tanpa hak telah kita cabuli.

Dalam kedua makna di atas, tiada satu pun dapat membawa kepada tidak adilnya Tuhan itu. Jika kita katakan tidak adil jika Tuhan masukkan si anu ke dalam neraka maka kita bertanya siapa yang ada hak melarang Tuhan buat atau tak buat sesuatu...? Adakah Tuhan telah mengambil hak yang lain yang bukan hak kepunyaannya...?
Itu lah Tuhan namanya, Tiada awal tiada akhir, tiada yang menjadikannya, tiada sebandingnya dan tiada sesuatupun yang bukan kepunyaannya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Antara adil dengan tidak adil

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. salamz.. terima kaseh kerna sudi membincangkan ttg keadilan Ilahi ini... Ini adalah babnya manusia utk mengenali Sang Pencipta yg penuh dgn Maha kebaikan.. dan tiada satu pon sifat2 yg burok dalam zat Allah itu
    Demikian pula sesuai dengan Hikmah dan Keadilan Ilahi, Allah membebankan tugas (taklif) kepada setiap manusia sesuai dengan kemampuan masing-masing. Dan Dia pun memutuskan suatu hukum sesuai dengan kemampuan dan kehendak bebas mereka, serta memberikan balasan, baik berupa pahala atau siksa yang setimpal dengan tiap-tiap perbuatan mereka. Allah SWT berfirman:

    "Sesungguhnya Allah tidak akan membebani manusia sesuai dengan kemampuannya." (QS. Al-Baqarah: 286)

    "Dan akan diputuskan kepada mereka itu suatu tugas hukum dengan keadilan dan tidak dizalimi sedikit pun." (QS. Yunus: 54)

    "Maka pada hari kiamat tidak dizalimi seorang pun dan tidak diberikan balasan terhadap apa yang mereka lakukan melainkan sesuai dengan apa yang telah mereka perbuat." (QS.Yasin: 54)

    Nabi Allah mengajarkan manusia dan menyuruhkan para hamba Allah berkomunikasi pada satu satu tingkatan... hinggalah ketingkatan akal... yg sihat untuk sebuahnya kehidupan yg sempurna.. berpandukan Al Kuran kalamullah.. Al Hadis.. dan al aqli...

    Salawat!

    Allahumasollia`la Muhammad Wa aali Muhammad!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !