Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 3, 2008

Jebak Hutang

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 3, 2008
Semalam ketika saya singgah ke pasar ramadhan untuk membeli juadah berbuka saya menerima sms dari kawan saya di pulau pinang bertanyakan khabar. Saya menjawab sms nya dengan memberitahu saya sihat dan saya bertanya pada nya di mana dia berbuka. Saya agak terkejut menerima jawapan yang dia berbuka seorang diri di kedai. Saya pun segera menelefonnya bertanya kenapa tak berbuka di rumah bersama keluarga. Jawapan yang saya terima sedih dan mengejutkan saya.
"Aku dah tiada siapa lagi kat dunia ni" katanya, "bini aku dah lari balik kampong bersama anak-anak" sambungnya.
"Hang jangan nak melawak" saya kata padanya.
"lawak apa, aku serius ni" dia benar-benar serius nampaknya.
"Sebenarnya aku memang nak cakap dengan hang minggu lepas lagi, tapi tak berkesempatan" katanya pada saya. " aku amat terdesak la ni, aku tersangkut dengan hutang along RM70,000" aku tak tau macam mana nak selesaikan masalah ini", "kawan semua dah lari, bini pun lari juga", "sewa pejabat, rumah dan semua yang lain aku tak mampu nak bayar , nak makan pun aku pinjam RM50. 00 tadi dari orang" " Tolonglah aku, hang kena tolong aku" , "aku sedar aku silap, aku janji tak buat lagi, tapi tolong lah, hutang yang lain aku boleh pusing lagi, tapi hutang along tak boleh nak buat apa..."
Saya hanya terdiam mendengar segala rayuan dan pengakuan kawan saya itu. Saya tak tahu nak kata apa. Saya benar-benar tak sangka dia sanggup berfikir pendek dengan mengambil duit along. Ini lah padahnya, hanya kerana tak sanggup malu rahsia kesilapannya terguna duit orang terbongkar, dia sanggup ambil duit along. Dia tutup lobang dengan mengorek lubang baru.
Saya yang berada dalam dalam dilema sekarang. Bagaimana saya dapat menolongnya. Saya bukannya banyak duit. Patutkah saya membiarkan kawan saya dihimpit masalah begitu. Tak kesian kan saya melihat kawan saya di tinggalkan oleh semua kawan dan anak bini...?
Saya tahu silap kawan saya itu. Dan selama ini saya tak jemu-jemu menasihatinya, begitu juga dengan kawan yang lain, sentiasa memberi sokongan moral dan material kepadanya, hatta ada kawan yang habis segala simpanan termasuk yang dihimpun untuk ke Mekah kerana memberi pertolongan padanya.
Patutkah kawan saya ini ditolong lagi...? tapi kalau kawan tak tolong siapa lagi yang nak tolong. Saya janji untuk menelefonnya semula untuk mendengar rayuannya. Saya rasa itu yang dapat saya lakukan buat sementara waktu ini, menjadi pendengar yang baik, moga ini dapat memberi sokongan moral padanya. Ya Allah, keluarkanlah kawan ku itu dari belenggu hutang yang melilit seluruh kehidupannya. Engkau jauh kan lah aku dan keluarga aku daripada terjatuh kedalam jebak yang sama. Amin.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jebak Hutang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !