Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 2, 2008

Merdeka

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 2, 2008
"Apa maksud merdeka ?" tanya kawan saya hari ahad lepas. Saya kata "bebas dari segala ikatan selain daripada Tuhan."
"Macam mana tu ?", tanyanya sambil mengerutkan dahi.
"Ertinya ialah TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH", sambung saya lagi.
"Itu syahadah, apa kena mengena dengan merdeka pulak?", tanya kawan saya minta penjelasan.
"Ialah tu, orang yang mengucapkan dan mengamalkan Islam adalah orang yang merdeka, lagi dia faham ucapannya itu, bertambah yakin ia dengan ucapan itu maka dia telah memerdekakan dirinya. Orang yang merdeka adalah orang yang bertindak semata-mata kerana mengharap keredaan Tuhan, bukan kerana pujian makhluk, bukan sogokan harta benda atau pangkat. Dia melaksanakan tugasnya mengimarahkan muka bumi ini dengan harapan mendapat keredaan Tuhan, maka selamat sejahteralah dia, juga muka bumi ini.
Kalau seorang pemimpin pula dia melaksanakan tugasnya tanpa ikatan takut pada mana-mana pihak, tanpa takut hilang populariti, tanpa takut ditinggalkan pengikut...dia hanya takut pada Tuhan"
"Ada ka pemimpin macam itu sekarang ni?"soalnya
"Ada !, yang paling hampir sekarang ini ialah Menteri Besar Kelantan", tengok kekadang dia buat kontroversi, tapi dia buat pekak saja apa orang kata, kerana dia peduli apa orang kata, dia cuma takut pada Tuhan, elok kita belajar dari dia, macam mana dia boleh jadi macam tu"

"Saya setuju, mari kita study biodatanya" setuju kawan saya dan kami berbual dan berbual lagi sambil minum teh tarik....
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Merdeka

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. salam ramadhan, salam kemerdekaan..saya link blog saudara.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Saudara Muhammad Azli dan selamat menghayati puasa ramadhan

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !