Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, August 29, 2008

Pemasaran ala pilihan raya

  Mohd Shubhi       Friday, August 29, 2008
26 Ogos baru-baru ini telah berlansung satu pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh. Kebetulan saya merupakan salah seorang pengundi disitu. Saya mengambil kesempatan berada di sekitar kawasan Parlimen P. Pauh sepanjang tempoh kempen meraih undi di kawasan tersebut. Saya mengamati pergerakan kempen yang dijalankan oleh kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional dan juga Parti Keadilan Rakyat. Saya sengaja tidak memasukkan parti AKIM dalam persaingan tersebut kerana saya rasa tiada apa yang boleh saya pelajari dari aktiviti mereka berkempen.
Saya bayangkan dalam pertembungan di antara BN dan PKR seumpama persaingan perniagaan di antara satu syarikat gergasi antarabangsa dan satu syarikat tempatan merebut pelanggan. Inilah yang membuatkan saya bersemangat untuk mengikuti strategi bagaimana syarikat tempatan bersaing dengan syarikat gergasi. Jika syarikat tempatan menang maka sudah tentu saya boleh menggunapakai segala teknik mereka di dalam perniagaan saya untuk bersaing dengan syarikat gergasi yang lain.
Saya umpamakan BN sebagai sebuah syarikat gergasi. Mereka mempunyai segala sumber yang boleh digunakan untuk berkempen dan liputan mereka teramat luas. Kewangan bukanlah satu masalah bagi mereka begitu juga tenaga kerja. Boleh dikatakan mereka mampu melaksanakan apa saja strategi yang mereka mahu dalam kempen tersebut. Memang dapat dilihat jentera pemasaran mereka bergerak hampir 24 jam di seluruh Malaysia. Rata-rata penduduk Malaysia yang melihat media pemasaran mereka akan berkata mereka akan menang dalam persaingan itu.
Bagi PKR pula, mereka boleh di kategorikan sebagai sebuah syarikat tempatan yang sedang meningkat naik yang mempunyai sumber yang amat terhad. Seumpama selimut yang apabila ditutup kepala kaki terbuka, apabila tutup kaki kepala pula terbuka. Tiada iklan media yang dapat digunakan, tiada kemewahan sumber kewangan yang dapat dijanjikan malah jentera pemasaran yang ada terpaksa mangatur segala strategi sehingga ke peringkat mencari sumber dana dan mengorbankan segala tenaga yang mereka ada. Dan yang paling hebat sekali ialah apabila pelanggan mereka sendiri yang mengeluarkan dana untuk aktiviti pemasaran mereka.
Apabila keputusan diumumkan malam itu ternyata syarikat tempatan membolot dua kali ganda pasaran berbanding syarikat gergasi. Ternyata teknik kerja pemasaran PKR amat berkesan sepanjang tempoh berkempen dijalankan.
Apa yang saya perlu lakukan sekarang ialah mendapatkan butiran lengkap segala aktiviti dan strategi kempen mereka dan cuba mengaplikasikan dalam syarikat saya, kemungkinan besar saya akan dapat membelasah syarikat seperti Rentokill dengan mudah sekali. Atau mungkin saya perlu mengupah semua jentera kempen mereka bekerja dengan syarikat saya ...???
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pemasaran ala pilihan raya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !