Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 27, 2008

Nak berniaga apa...?

  Mohd Shubhi       Monday, October 27, 2008

Di antara tabiat orang yang sudah bekerja sendiri atau sudah memulakan perniagaan ialah mereka sering bertemu sesama mereka dan berborak mengenai peluang-peluang perniagaan. Alasan mereka adalah untuk menjana idea dan menambahkan rangkaian kenalan.

Sering kita lihat kebanyakan mereka berada di tahap yang sama walaupun sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan. Seringkali kumpulan mereka ini terdiri daripada mereka yang sudah pernah berjaya tetapi jatuh dan juga mereka yang telah berniagaa kecil-kecilan tetapi mengimpikan satu peluang keemasan yang dapat menjadikan mereka kaya raya sekelip mata.

Memang seronok jika kita menyertai mereka untuk bertukar-tukar fikiran atau untuk mempelajari sesuatu yang baru, kerana mereka sebenarnya berpengetahuan tinggi, mempunyai banyak maklumat dan kenalan yang amat hebat-hebat yang bukan ramai orang dapat mempunyai kelebihan seperti mereka.

Jika kita mahu menjana idea, rapatlah dengan golongan ini sebagai satu tapak permulaan dalam mengenali dunia perniagaan.

Tapi sebelum itu kita haruslah semat di dalam hati kita bahawa apabila kita telah menjumpai idea perniagaan yang sesuai untuk kita laksanakan maka segeralah melaksanakan idea tersebut tanpa menagguhkannya lagi. Kurangkan pertemuan dengan mereka selagi idea perniagaan yang anda sedang laksanakan belum berjalan lancar.

Ini kerana jika anda menagguhkan lagi perlaksanaan idea yang telah ditemui dan terus menerus berkumpul tiap malam menjana idea demi idea, anda akhirnya akan menjadi seperti mereka. Orang yang mempunyai seribu satu jenis idea perniagaan namun tiada satupun idea tersebut yang dilaksanakan.

Orang yang hanya ada satu idea dan kemudian melaksanakannya secara konsisten dan penuh kesabaran akan mengecapi kejayaan pada akhirnya.

Orang yang mempunyai banyak idea, walaupun sehebat mana idea-idea tersebut jika tidak di laksanakan tidak akan kemana-mana.

Jadi fikirkan satu saja idea yang bernas, laksanakan segera sehingga membuahkan hasil.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nak berniaga apa...?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !