Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, October 28, 2008

Antara Kerja Sendiri dan Usahawan

  Mohd Shubhi       Tuesday, October 28, 2008
Saya menelefon seorang kawan saya yang tinggal di Taiping baru-baru ini. Dia merupakan seorang yang arif dalam teknologi pemulihan dan rawatan air untuk kegunaan orang ramai. Sebelum ini dia bekerja dengan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pemulihan dan rawatan air sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaannya sendiri dalam bidang yang sama. Selama ini pun syarikat tempat dia bekerja menggunakan dia sepenuhnya dalam segala urusan perniagaan mereka dari mencari kerja sehingga membuat kerja semua diuruskan olehnya.

Boleh dikatakan kawan saya ini mempunyai teknik yang tersendiri yang membuatkan kerja-kerjanya lebih berjaya, berkesan dan berkualiti daripada teknik yang digunakan oleh syarikat lain.

Maka dengan itu nekadlah kawan saya untuk terjun menjadi majikan kepada dirinya sendiri. Ini dapat memberikan kebebasan kepadanya. Kalau lebih rajinnya lebih lah ganjaran yang di perolehinya.

Masa berlalu dan kawan saya ini masih meneruskan kerja sendirinya, namun perniagaan tidak dapat berkembang. Keletihan mula terasa dan dia mula memikirkan sampai bila dia harus begini.

Semua pelanggannya lebih berminat kalau dia sendiri yang melaksanakan tugasnya daripada orang lain. Ini membuatkan kawan saya ini keletihan dan buntu.

Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh kawan saya di atas adalah masalah biasa yang sentiasa di hadapi oleh kebanyakan orang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi majikan kepada dirinya sendiri.

Terutamanya mereka yang terlibat di dalam bidang teknikal atau professional, seperti jurutera, mekanik, doctor, lawyer, dan lain-lain.Kebanyakan mereka membuka perniagaan sendiri selepas bosan bekerja dengan orang dan berakhir dengan hanya bertukar majikan sahaja.

Contohnya kalau dulunya Kassim seorang mekanik kereta bekerja di bawah Ah Siong di bengkel kereta Ah Siong, kini Kassim bekerja untuk dirinya sendiri di bengkel kereta Kassim.

Dari segi keseluruhan kerja tiada perubahan, Kassim masih lagi bergelumang dengan minyak, kebanyakan masanya sentiasa berada di bawah kereta, tiada masa rehat (malah kadangkala lebih teruk dari ketika dia makan gaji dulu), tiada masa bersosial dan lain-lain lagi.

Contoh di atas terjadi juga kepada doctor atau lawyer, mereka terikat dengan bidang professional mereka dan terlupa untuk menjadi seorang ahli perniagaan.

Sebab itu lah kita sering melihat seorang mekanik yang membuka bengkel sendiri 20 tahun dulu, kini masih berada di bengkel yang sama dengan jumlah pekerja yang sama dan kualiti kerja yang sama.

Kita namakan mereka tersebut sebagai hanya bekerja sendiri dan bukan sebagai usahawan. Seorang usahawan sepatutnya menunjukkan perubahan yang sentiasa meningkat dan berkembang maju dalam perniagaannya.

Kenapa jadi begitu…? Kerana kita tidak menjadi usahawan dalam perniagaan kita, kita hanya menjadi, mekanik dalam bengkel perniagaan kita, doctor dalam klinik kita, atau jurutera dalam syarikat kejuruteraan kita atau tukang masak dalam restoran kita.

Kalau berterusan begitu bagaimana kita hendak maju. Kita haruslah melarikan diri keluar dari dilemma tersebut dengan menjadi seorang usahawan yang sebenar. Fikirkan bagaimana kita dapat melahirkan 10 orang yang dapat melaksanakan tugas sepertimana yang kita laksanakan.

Fikirkan pula bagaimana 10 orang itu dapat melatih pula 100 orang yang lain agar dapat melakukan tugas yang sama. Dan seterusnya…Tidak ada sesuatupun yang jika boleh buat yang orang boleh buat. Tapi yang susahnya ialah mencari jalan untuk melatih orang lain dengan kualiti yang konsisten. Itu satu cabaran…tapi itulah kerja seorang usahawan.

Kita juga harus membina reputasi syarikat dan bukan hanya membina reputasi diri sendiri agar syarikat kita dikenali, agar syarikat kita dipercayai.

Saya menyeru kepada semua usahawan agar memikirkan apa yang saya katakan ini dan berusaha membina perniagaannya, bukan bekerja untuk perniagaannya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Antara Kerja Sendiri dan Usahawan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !