Saturday, December 27, 2008

Fakta Menarik Tentang Anai-Anai

1. Terdapat lebih kurang 2,700 jenis anai-anai.

2. Ia termasuk dalam kumpulan Blattodera, sama dengan lipas (bukan sejenis dengan semut yang sering di salah anggap oleh kebanyakan orang)

3. Setiap koloni mengandungi, pekerja, askar, permaisuri dan kekatu.

4. Permaisuri boleh hidup sehingga 20 tahun. Sekali menetas dalam linkungan 10,000 nymphs (anak).

5. Di Malaysia sahaja terdapat sekitar 185 species.

6. Mereka berkomunikasi dengan 2 cara, iaitu dengan mengeluarkan bahan kimia dan juga melalui bunyi.

7. Bila kita dengar bunyi tik-tik pada rumah kita yang di serang anai-anai adalah di sebabkan oleh askarnya yang mengetuk kepalanya pada kayu.

8. Kepala diketuk pada kayu kerana 2 perkara. Pertama untuk memberi isyarat bahawa ada gangguan, kedua untuk mengangarkan besar kayu yang di temui, jadi boleh diketahui berapa banyak pekerja di perlukan untuk kerja ambil kayu tersebut.

9. Anai-anai tak makan terus kayu yang dijumpa, ditarik satu demi satu cellulose pada kayu dan dibawa ke sarang untuk dikongsi bersama semua yang lain.

10. Pekerja buat semua kerja termasuklah menyuap permaisuri dan juga askar.

11. Askar tak boleh makan sendiri, kerana ada macam pengepit kat kepalanya.

12. Satu koloni ada antara 500,000 ke 1 juta ekor anai-anai.

13. Merupakan satu-satunya serangga yang paling lama wujud di muka bumi (sejak 350 juta tahun dahulu), dan tiada perubahan evolusi dari dulu hingga kini.

14. Fungsi utama anai-anai dalam hutan ialah sebagai pencuci hutan apabila ada kayu atau dahan atau daun yang jatuh (Sebab itu dalam hutan besar, kelihatan bersih sahaja )

15. Satu koloni boleh makan kayu sekitar setengah ke satu kilo sebulan.
Previous Post
Next Post

2 comments:

  1. informatif.

    Ada satu posting hal anai anai ni. Oleh albrangi.blogspot.com

    ReplyDelete