Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 26, 2008

Tugas Utama Seorang Usahawan

  Mohd Shubhi       Friday, December 26, 2008

Sebagai seorang usahawan yang memiliki sebuah perniagaan, soalan utama yang harus dijawab olehnya ialah apakah tugas utamanya dalam perniagaan tersebut.

Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri sebagai seorang pemilik syarikat, apa sebenarnya yang perlu kita buat ?. Sepanjang kita mengatur segala urusan perniagaan kita apakah tujuan sebenar yang kita hendak capai ?

Soalan ini sering bermain di kepala saya sepanjang saya menceburkan diri saya dalam bidang keusahawanan. Akhirnya saya menemui jawapan yang memuaskan hati saya dalam tulisan Peter Drucker.

Dia berkata tugas utama seorang usahawan adalah dalam memasarkan 2 perkara. Segala usahanya dalam membina perniagaannya hendaklah berlandaskan 2 perkara tersebut. Beliau hendaklah sentiasa memasarkan:

1. Peluang pelaburan.
2. Peluang Pekerjaan.

Seorang usahawan mesti memastikan yang perniagaannya berbaloi untuk dilaburkan. Tak kira samada pelaburan dari dirinya sendiri, rakan niaga, venture capital, pihak bank atau pemberi pinjaman yang lain.

Apabila perniagaannya boleh menarik minat orang untuk melabur di dalamnya maka ini menunjukkan dia berjaya mencapai matlamat asas dan perniagaannya adalah berdaya maju.

Begitu juga apabila perniagaannya dapat menarik pekerja yang hebat dan cemerlang, ini juga menandakan perniagaannya berdaya maju dan mampu berkembang ke tahap yang lebih baik, apalagi apabila para pekerja yang memacunya terdiri daripada pekerja yang cemerlang dan hebat.

Jadi, jelaslah bahawa segala tindakan kita dalam membina prniagaan kita hendaklah berpaksikan kepada usaha untuk memasarkan keupayaan pelaburan dan keupayaan menarik pekerja yang hebat yang mampu memacu perniagaan ke tahap yang lebih dari masa ke semasa.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tugas Utama Seorang Usahawan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !