Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 6, 2009

Ayat seribu dinar - Benarlah firman Allah (siri 2)

  Mohd Shubhi       Friday, February 6, 2009
Sambil saya berjalan kaki pulang dari surau otak saya tekun memikirkan pengajaran dari kuliah yang telah disampaikan oleh ustaz tadi. Selalunya saya akan mencari alasan untuk tidak memberikan pinjaman atau bantuan kepada orang yang datang meminta terutamanya jika jumlah yang diminta banyak. Kalau setakat 2 atau 3 ringgit tak kisahlah, tapi kalau sampai main ribuan ringgit saya fikir banyak kali.

Biasanya saya akan cari alasan seperti:
1. Duit yang saya ada bukan saya punya, tapi syarikat punya dan saya harus utamakan tanggungan syarikat terhadap para pekerja.
2. Kalau yang datang minta bantuan tu track recordnya tak baik saya akan beri alasan pada diri saya sendiri supaya jangan bantu orang macam tu, dia sendiri yang cari pasal walaupun telah banyak kali diberi nasihat.
3. Kalau orang tu dah ada banyak hutang pada orang lain saya akan kata yang dia tak akan menyelesaikan masalah dengan korek lubang baru untuk tutup lubang lama.
4. Dan lain-lain lagi yang saya rasa memang kukuh alasannya.

Tapi bila saya fikirkan semula dalam cerita ustaz tadi yang datang meminta tu adalah malaikat, malaikat bukannya perlukan duit namun diutuskan Tuhan bagi menguji manusia yang telah diberi kesenangan olehNya. Alasan yang diberikan oleh orang yang diuji pula kalau nak diikutkan sama macam yang saya selalu fikirkan, seperti banyak tanggungan pekerja, kacau cash flow dan sebagainya.

Rumusannya ialah tak kiralah siapa sahaja yang datang pada kita dengan penuh harapan memohon pertolongan pada kita agar dilepaskan dia dari bebanan yang sedang ditanggungnya ia merupakan ujian Tuhan untuk menguji keyakinan kita bahawa yang memberikan rezki adalah Allah, jika lebih dari keperluan kita, lebihan itu hanyalah singgahan sementara sahaja, bukan untuk kita sorokkan. Lambat laun kita akan tinggalkan pada waris sahaja, bukan bawa ke kuburpun.

Sebab itulah saya merasa amat bersalah pada kawan saya yang mula-mula menelefon merayu saya menolongnya tapi saya tolak. Sebab itu juga saya memohon keampunan dan berjanji tak akan mengulangi lagi kesilapan dan berjanji untuk menolong sedaya upaya yang termampu jika saya di datangi sekali lagi.

Baru semalam saya berazam begitu, tup-tup pagi esoknya datanglah ujian. Saya menjadi serba salah, saya dah berjanji akan menolong sedaya upaya, jadi saya mesti kotakan janji saya itu.

Kawan saya yang telefon saya pagi itu sebenarnya telah terjebak dengan hutang Along. Dia mesti membayarnya hari itu juga kerana dia telah berjanji, jika tidak hutangnya akan meningkat dua kali ganda. Setelah saya korek rupa-rupanya jumlah keseleluruhannya yang mesti diselesaikan adalah sebanyak RM150,000

Tertelan air liur saya dibuatnya, mana nak saya dapatkan jumlah wang sebanyak itu dalam masa terdekat itu. Satu lagi akibatnya yang saya tilik, kalau saya bagi RM20,000 pun nampaknya duit saya akan lesap begitu saja jikalau saya tak bantunya sehingga selesai semua hutangnya itu.

Kawan saya merayu bersungguh-sungguh agar saya membantunya sekadar RM20k dulu kerana dengan memberi jumlah itu kepada Along dia akan dapat bernyawa semula selama seminggu, dalam tempoh itu dapatlah dia memikirkan bagaimana mencari jumlah yang selebihnya.

Saya pun menghubungi rakan kongsi saya dan menceritakan segala-galanya dan meminta pertimbangan dari rakan saya itu. Saya katakan padanya saya bertekad untuk memberikan sahaja duit yang saya ada dan akan menganggap segala yang telah diberikan akan hangus dan jangan diharap lagi bayarannya. Saya katakan padanya kita usahalah cari semula duit, lagi pun kita mula berniaga dengan tak ada apa-apa, mungkin apa yang kita kumpulkan tu bukan untuk kita.

Dengan tak di sangka kawan saya itu dengan rela hati menurut saja keputusan saya dan kami terus ke bank cash duit dan memberikan pada kawan saya yang datang mengambilnya. Terharu sekali kawan saya tersebut menerima duit itu dan terus memeluk saya sambil mengalirkan air mata. Saya hanya diam tak tau nak buat apa.

Selepas itu saya kena memikirkan pula bagaimana hendak mencari baki lagi RM130,000 bagi melepaskan kawan saya dari belengu hutang. Dengan tak di sangka-sangka kawan saya yang saya tolong itu mendapat satu projek bernilai satu juta dan dia dengan besar hati memberikan saya projek tersebut sebagai ganti dan balasan terhadap pertolongan saya kepadanya.

Diringkaskan cerita segalanya berjalan dengan lancar, dengan mudah sahaja saya berjaya mengumpulkan baki sebanyak RM130,000 lagi itu dan melepaskan bebanan kawan saya. Dan saya pula mendapat satu projek bernilai satu juta.

Itulah yang saya katakan benarlah firman Allah, barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya diberiNya jalan keluar dengan didatangkan rezki dari sumber yang tak terduga, barangsiapa bertawakkal pada Allah nescaya dicukupkan baginya segala keperluannya....
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ayat seribu dinar - Benarlah firman Allah (siri 2)

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. alhamdulillah.... very good happy ending.. segala puji bagi Allah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !