Friday, 20 February 2009

Umat Islam Umpama Buih...

Posted by   on


Menurut Jewish Agency terdapat seramai 13.2 juta orang Yahudi di dunia. Seramai 5.4 juta berada di Israel dan 5.3 juta berada di USA. Selebihnya bertaburan di serata dunia. Ini menurut perangkaan pada tahun 2007.

Menurut wikipedia pula terdapat seramai 1.84 billion umat Islam di serata dunia.

Menurut angka di atas perbandingan ramainya orang Yahudi dengan orang Islam ialah untuk setiap 1 orang yahudi terdapat seramai 1400 orang Islam.

Kalau ikut logik jika gaduh berdepan dengan tangan kosong lumat orang Yahudi dikerjakan oleh orang Islam.

Kalau dihantar pengebom berani mati sekejap sahaja luput umat Yahudi dari muka bumi.

Orang Yahudi ini memang sangat licik dan ramai yang kaya raya. Mungkin sebab mereka amat takutkan mati dan amat takutkan kemiskinan dan kesusahan membuatkan mereka ligat berfikir dan berusaha untuk menghindari semua ketakutan tersebut.

Merekapun tahu kalau mereka serang bertaubi-tubi orang Islam pun takkan luak orang Islam di muka bumi ini. Jadi mereka lanyak orang Islam hanya untuk menakut-nakutkan orang Islam agar jangan bangun menentang mereka.

Ramai orang Islam yang bersemangat mahu pergi ke Palestin untuk membantu peperangan di sana. Tapi sebagaimana yang diberitahu oleh kawan saya yang pergi ke sana baru-baru ini, orang Palestin berkata mereka tidak memerlukan bantuan orang, mereka sendiri dah ramai, yang diperlukan adalah kelengkapan logistik dan peralatan ketenteraan. Juga yang amat penting mereka memerlukan keperihatinan umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kebenaran. Bukan hanya di Palestin tapi juga di seluruh muka bumi.

Ramai pemimpin Negara Islam yang berfahaman sekular menyeru agar umat Islam tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Mereka menyeru agar umat Islam tidak hanya tertumpu hal ehwal ibadah khusus sahaja, dan juga tidak terlalu banyak dengan amalan kerohanian. Akibatnya kekuatan akidah umat Islam makin tumpul, rakyat menjadi bacul seperti baculnya para pemimpin mereka. Kemajuan yang dikejar tak juga kunjung tiba. Ramai orang yang mengaku Islam akhirnya menjadi pemburu dunia, harta, kesenangan, kuasa dan nafsu...

5 comments:
Write comments
  1. Salam perkenalan dengan Pman Assord. Saya tertarik dengan blog anda!

    ReplyDelete
  2. Blog 'Kota Indonesia', baikn untuk kita sama-sama tukar maklumat..

    ReplyDelete
  3. Ok, but, maklumat itu apa? sorry im indonesian.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter