Wednesday, March 18, 2009

Aku Bertaubat...

Sebelum ini saya ada menyiarkan satu petikan dari surat khabar perancis yang di terjemahkan ke dalam bahasa malaysia. Berita itu adalah mengenai kes pembunuhan seorang wanita yang berbangsa Monggolia yang sedang di bicarakan di Malaysia. Kes ini sangat hangat di perbualkan di negara kita Malaysia ini.

Walaupun saya amat kesal dengan kejadian pembunuhan tersebut yang sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Namun setelah mendapat komen dari seorang sahabat yang tidak bersetuju berita itu disebarkan kerana terlalu banyak spekulasi dan tuduhan melulu yang saya sendiri tak pernah melihat buktinya, maka saya mengambil keputusan untuk memadam pos tersebut.

Saya memohon ampun dan maaf kepada mereka yang telah disentuh namanya di dalam artikel tersebut dek kealpaan dan kelalaian saya. Hanya kepada Allah jua saya bertaubat dan memohon keampunan atas keterlanjuran saya, dan berjanji akan hanya menyampaikan segala berita yang sahih sahaja dan bukan berita yang di petik atau di ambil dari sumber yang tidak pasti dan saya sendiri tidak dapat membuktikannya.

Kepada sahabat saya itu saya mengucapkan Jazakallahu Qoira.
Previous Post
Next Post

2 comments:

  1. Salam Tuan Tanah,

    Mengikut hitungan saya, perkataan "fitnah" disebut 13 kali dalam al-Quran.

    Alhamdulillah sdr sudah bertaubat. Sebaran fitnah zaman sekarang ni bukan lagi di bawah Pokok Ketapang. Semuanya di hujung sentuhan keypad.

    Penjenayah sahih pun boleh terlepas dari undang-undang manakala orang yang tidak bersalah ramai pula dihukum. Semuanya kerana peguam yang handal dan kekuatan bahan bukti.Inikan pula khabar angin yang belum jadi kes.

    Saya lebih percayakan mata dan telinga sendiri daripada keputusan kes di mahkamah sivil ciptaan manusia.

    Lebih baik berdiam diri dari berbuat "dosa kering".

    Saya pun dah bertaubat seperti saudara.

    ReplyDelete
  2. "Tinggalkan saja perkara yang tidak mendatangkan faedah...kita cuba praktiskan"

    ReplyDelete