Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, March 5, 2009

Dajjal Telah Muncul Di Malaysia…?

  Mohd Shubhi       Thursday, March 5, 2009

Di waktu saya kecil dulu saya belajar mengaji Quran di Masjid Kubang Semang daripada Imam Masjid iaitu Haji Mahmud atau biasa di panggil Pak Ndak Mud. Ramai yang belajar mengaji daripadanya generasi demi generasi dan semuanya percuma. Ramai yang tamat mengaji hingga lancar.
Selain diajar mengaji kami juga diajar melaksanakan ibadah asas yang lain terutamanya solat, puasa dan juga belajar mengenali halal dan haram, membezakan yang haq dan bathil.

Sambil mengajar mengaji Pak Ndak Mud sering menyampaikan ilmu dan nasihat berguna kepada anak muridnya. Saya masih ingat kami sering di nasihati untuk beramal soleh dan berhati-hati dengan fitnah Dajjal di akhir zaman nanti.

“Akan tiba satu masa Dajjal akan muncul dengan mengandar Syurga di sebelah kanannya dan Neraka di sebelah kirinya” kata Pak Ndak Mud, “dia akan menyeru orang ramai mentaatinya, barang siapa yang mengikutnya akan di berinya syurga dan barang siapa yang engkar akan dicampaknya ke dalam nerakanya” sambungnya lagi.

Ketika itu yang dapat menyelamatkan kita adalah ilmu dan amal yang soleh, barang siapa yang alpa maka mudahlah dia terpengaruh dengan tipudaya dan cubaan Dajjal, akan dapatlah anugerah dari Dajjal itu yang berupa syurga kesenangan dunia yang pada hakikatnya berupa kesesatan yang bakal mencampakkannya ke neraka diakhirat nanti.

Barang siapa yang berpegang teguh dengan tali Allah maka dia akan menerima berbagai dugaan berupa neraka seksaan di dunia ini. Hingga di katakan mereka yang berpegang teguh dengan akidah Islam yang sebenarnya Dajjal mengugut dan akan menggergaji sedikit demi sedikit dari kepala hingga terbelah dua hingga menemui ajalnya.

Saya mendengar dengan penuh ngeri sekali dan sering mengeluh adakah saya akan dapat melepasi dugaan itu, berapa ramai yang akan kecundang dan berapa ramai yang akan selamat...? Pesanan itu sentiasa tersemat di dalam dada saya sebagai pedoman menempuh kehidupan.

Melihat suasana kehidupan kini di Malaysia yang agak kucar kacir dalam perebutan kuasa, kemewahan dan kemegahan, membuatkan saya teringat kembali cerita Pak Ndak Mud. Manusia di janjikan dengan berbagai kesenangan dan kemewahan jika mereka menurut atau taat pada segolongan yang berkuasa.

Jika engkar maka sengsaralah kehidupannya. Jika seseorang itu tetap dengan pendiriannya dengan amal yang soleh dan meninggalkan segala kemungkaran berbagai dugaan akan menimpanya. Setakat mana ia mampu bertahan bergantung kepada segala latihan dan amalan solehnya sepanjang ia menempuh kehidupan.

Dajjal berkeliaran ke segenap pelusuk negeri, membawa bersamanya syurga dan neraka di kiri kanannya. Ramai yang telah tewas, terliurkan syurga yang ditawarkan Dajjal. Hanya segelintir masih bertahan, mereka mengharapkan syurga yang hakiki di akhirat nanti. Mampukan kita bertahan sebelum ajal datang menggamit atau sehingga tibanya bantuan yang dapat menghapuskan Dajjal...?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dajjal Telah Muncul Di Malaysia…?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Dajjal telah menampakkan bayangnya di seluruh Dunia. Ramai yang masih belum insaf dan masih terleka dengan tipu helah bala tentera Dajjal. Wang ringgit, kuasa dan pengaruh dijadikan umpan.

    Secara dominasinya, bala tentera Dajjal telah berjaya meenyesatkan majoriti penghuni dunia. Dajjal akan menampakkan dirinya semasa merasmikan kemenangannya, di ketika itu penyesalan sudah terlambat.

    Hanya mereka yang beriman, beramal solih, benar dan sabar sahaja akan berjaya menghindari pengaruh Dajjal.

    Politik kebendaan yang membelakangkan ajaran Islam adalah senjata ampuh si Dajjal kerana politik adalah berkenaan pengaruh, kuasa dan wang. Itulah punca-punca kelemahan manusia dan itulah senjata Dajjal dan bala tenteranya.

    Bala tentera Mahdi juga telah muncul. Peperangan telah bermula.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !