Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 20, 2009

Memecah Kitaran Musibah

  Mohd Shubhi       Friday, March 20, 2009

Balik kampung baru-baru ini saya mendapat banyak berita yang berupa cubaan yang dihadapi oleh saudara-mara dan kawan-kawan.

Berlaku pertengkaran diantara anak-anak dan ibubapa, ada yang di tangkap pegawai pencegah rasuah, ada yang dibuang kerja dan bermacam-macam lagi.

Satu reaksi yang saya perhatikan yang agak biasa daripada orang ramai, lebih menyatakan pada yang mengalami bencana tersebut sebagai bala akibat daripada dosa-dosa yang telah mereka lakukan selama ini.

Ramai yang berkata:

“itulah dulu dia buat kat ibu-bapanya, sekarang dia pula yang rasa”

“padan muka dia, siapa suruh dia rasuah,”

“baru padan muka, kata perjuangkan Islam, tapi sendiri kerja tak jujur”

“tak sangka, depan kita cukup baik, berbudi bahasa, gamak dia buat begitu”

Begitulah antara reaksi daripada yang memerhatikan orang yang ditimpa musibah.

Saya berbual dengan ibu saya yang meminta saya cuba meleraikan dengan menjadi orang tengah perbalahan antara ibubapa dan anak-anak satu keluarga yang kami rapat.

Setelah menyelidiki, saya mendapat tahu yang kejadian perbalahan ibubapa dan anak-anak itu seolah satu sumpahan dari satu generasi ke generasi. Dulu ayah melakukan pada ibubapanya, sekarang anak-anaknya pula membuat perkara yang sama pada nya.

Saya berkata kepada ibu saya, itulah bukti betapa Maha Pemurah Allah kepada makhlukNya, sebenarnya itu adalah satu peluang yang Allah berikan kepada mereka yang membuat kesilapan untuk meyesali kesilapan lalu dan memohon taubat kepadaNya.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memaafkan segala keterlajuran anak-anak dan redha itu sebagai kifarat yang Allah berikan agar dia bersabar.

Jika itu dilakukan dengan konsisten dan penuh pengharapan kepada Allah, sudah tentu anak-anak akan tersedar dan menyesal dan mula berdamai, pecahlah kitaran musibah tersebut kepada keluarga itu dan kepada generasi yang selanjutnya.

Namun malangnya, ramai yang lebih mengutamakan ego engan mengalah, dan terus berdegil sehingga ke akhir hayat, maka kitaran itu akan berpusing-pusing tiada henti dari generasi ke generasi yang lain.

Begitu juga pada mereka yang cekup pegawai penguat kuasa, kehilangan kerja atau kuasa akibat pecah amanah atau rasuah. Bersyukurlah bahawa mereka masih dalam perhatian Allah yang telah memberikan peluang untuk bertaubat dan menyesali kesilapan lalu.

Segala akibat atau kesan yang diterima seperti cemuhan masyarakat, kesusahan hidup, malu, tekanan dan lain-lain lagi, bisiklah dalam hati “jika ini yang harus aku lalui untuk mendapatkan pengampunan Mu ya Allah, aku redha, maka berikanlah aku kekuatan untuk menerima segala cabaran ini”
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Memecah Kitaran Musibah

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Tuan,

    cerita nie dah jadi macam cerita "Karma" dalam agama Hindu..

    apa yang kita buat akan berbalik kepada kita.

    Tentu ada cara untuk menghentikan karma ini. Itu bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  2. Shahabudeen, kita panggil sunnatullah, mat saleh panggil law of nature...Allah lebih mengetahui

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !