Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 25, 2009

Projek Khidmat Bakti

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 25, 2009

Kisah ini berlaku di satu penempatan nun di utara tanah air. Seorang guru telah di hantar bertugas di satu sekolah rendah di situ. Setelah bertugas beberapa bulan dia perhatikan seorang budak yang pakaiannya sentiasa comot, kasut tak pernah elok, dan sentiasa tak ada pensil untuk menulis. Budak ini jarang-jarang makan sewaktu rehat.

Setelah guru tersebut menyiasat latar belakang budak itu rupa-rupanya budak tersebut hidup dalam sebuah keluarga yang miskin, tidak berapa diperdulikan sangat oleh kedua orang tuanya.

Guru itu merasa amat sedih dengan keadaan budak itu tambahan pula dia akan menjalani peperiksaan UPSR pada tahun itu. Setelah berfikir panjang dia menemui beberapa rakan gurunya yang lain dan magajak mereka sama-sama dapat menolong budak tersebut.

Akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan budak itu sebagai projek khidmat bakti mereka dengan masing-masing memberikan sumbangan wang setiap bulan dan memberikan segala keperluan pada budak itu sehinggalah dia menduduki UPSR pada tahun itu.

Semenjak itu budak itu sentiasa berpakaian kemas, tidak pernah tak makan di waktu rehat dan mempunyai alat tulis serta buku yang sempurna setiap kali dia datang kesekolah.

Guru-guru yang baik hati itu pula sentiasa memberikan kata-kata semangat dan mencurahkan segala kasih sayang pada budak itu.

Tibalah masanya budak itu menduduki peperiksaan UPSR. Berbagai kata peransang dan sokongan di berikan pada budak itu sepanjang peperiksaan hinggalah tamat.

Kini tiba masa keputusan UPSR diumumkan. Berdebar dan amat gelisah sekali guru-guru yang baik hati itu mahu melihat keputusan projek khidmat bakti mereka.

Budak yang mereka bantu itu mendapat keputusan yang amat mengejutkan mereka semua. Budak itu telah gagal keseluruhan matapelajaran yang didudukinya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Projek Khidmat Bakti

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. ending yang bagus.. walaupun budak tu gagal dlm exam. Cikgu2 dia berjaya mendapat tempat di mata Tuhan (jika mereka benar2 ikhlas).

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !