Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 11, 2009

Nga Kor Ming Baca Quran

  Mohd Shubhi       Saturday, April 11, 2009

Ribut satu Malaysia bila YB Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis membaca Ayat Quran. Kenapa jadi ribut...?

Sebab utamanya adalah kerana beliau adalah seorang berbangsa Cina yang bukan beragama Islam. Dia adalah seorang Kristian Methodist yang nama Kristiannya ialah David. Tak pernah terjadi seorang Cina yang bukan Islam, membaca ayat suci Al_Quran ketika berceramah. Maka ramailah orang Islam yang marah. Mereka berpendapat itu merupakan satu penghinaan kepada agama Islam.

Siapa Nga Kor Ming ini...?.
Beliau merupakan seorang peguam dan juga penceramah yang hebat sejak menjadi pelajar di Universiti Malaya lagi dan pernah memenangi beberapa anugerah. Pada tahun 2007 beliau di anugerahkan sebagai salah seorang dari sepuluh "The Outstanding Young Malaysian". Satu anugerah daripada "International Junior Chamber of Commerce" dan Kementerian Belia dan Sukan, dalam kategori 'Politics and Government'. Satu anugerah yang teramat jarang diberi kepada ahli pembangkang.Maka tidak hairanlah beliau merupakan salah seorang penceramah yang disegani dikalangan DAP.

Dalam ceramahnya beliau menyeru agar kita merujuk firman Allah yang menyuruh kita berlaku adil dan belas kasihan.

Sudah tentu dia mencari ayat tersebut dengan bertanya atau merujuk sendiri dalam internet buku dan sebagainya, sebelum menyampaikannya. Yang membuatkan dia mencari, sudah tentu terlebih dahulu dia percaya yang Al-Quran mengandungi panduan yang hebat dan benar. Ringkasnya banyak aktiviti pencarian, berfikir dan cuba memahami telah berlaku.

Tiba-tiba datang segolongan orang Islam sendiri yang memprotes hingga ke peringkat Mufti, mengecam tindakannya sebagai mempersendakan dan menghina Islam. Sebetulnya ramai orang Islam yang rasa dihina kerana mereka sendiri jarang-jarang cuba memahami kandungan Quran, ramai yang hanya membaca, itupun terlalu sedikit. Tak ramai yang membaca, cuba memahami, memikirkannya dan berusaha mengamalkannya.

Baguslah kalau ramai yang rasa tercabar, tapi bukan dengan menghalang orang bukan Islam mendekati Quran. Lebih baik sahut cabaran itu dengan mendalami dan menghayati ajaran Quran agar kita tidak rasa terhina lagi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nga Kor Ming Baca Quran

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Salam.

    Begitulah fahaman orang Islam yang sempit akalnya. Al-Quran bukannya untuk umat Islam sahaja malahan untuk penyuluh hidup seluruh umat manusia. Ada mufti pun cetek pula akalnya. Berapa ramai kafir yang telah mereka Islamkan? Amalan syirik diam pula dia.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn Zaidi,
    Moga makin ramai sedar dan membaiki diri.

    ReplyDelete
  3. sempit juga orang yang tak membenarkan orang kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Benar Deen.

    "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam." (al-Fatihah: ayat 2)

    Asalkan Tuhan yang dimaksudkan itu sama seperti Injil asal yang mengatakan Allah Yang Satu, Tiada Beranak, dan Tiada Berbapa. New Testament memutarbelitkan Injil.

    Cuma dikhuatiri umat Islam yang lemah akidah mengganggap Islam dan Kristian adalah sama. Bukan semua orang Islam boleh faham bahawa Kristian adalah agama Tuhan yang telah disesatkan dan diseleweng manusia sendiri.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !