Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 13, 2019

Petua mudah 3 langkah turunkan berat badan dengan pantas berdasarkan sains

  Mohd Shubhi       Thursday, June 13, 2019

Bagi yang mula risau berat badan bertambah selepas habis puasa dan mula makan tak henti sejak hari raya pertama hari tu, ini panduan mudah dan amat berkesan untuk anda amalkan.

Anda hanya perlukan 3 langkah sahaja untuk diamalkan bagi turunkan berat badan dengan pantas. Anda bolah turunkan segera berat badan sebanyak 2 ke 4 kilogram hanya dalam tempoh satu minggu pertama.

Selepas itu, berat badan akan berterusan turun pada minggu-minggu yang seterusnya.

Bukan saja berat badan anda akan turun dengan pantas, anda juga akan dapat beberapa lagi manfaat yang hebat untuk tingkatkan tahap kesihatan anda. Antara faedah atau kelebihan lain jika anda amalkan teknik 3 langkah ini adalah seperti berikut.

  • Tahap gula dalam darah anda juga akan turun. Ini berita baik untuk orang yang dah ada masalah kecing manis.
  • Tahap Triglycerides juga akan turun. Ini berita baik buat mereka yang risau dengan masalah kesihatan jantung.
  • Tahap LDL kolestrol jahat akan turun. Ini juga berita baik buat mereka yang nak jaga kesihatan jantung.
  • Tahap HDL kolestrol baik akan naik. Ini pun berita baik juga.
  • Tekanan darah akan baik. Ini berita baik buat anda yang risau dengan masalah darah tinggi.
Tu dia!

Punya banyak manfaatnya selain dari berjaya turunkan berat badan yang ke tahap yang anda ingini. Berat badan perlu bersesuaian dengan ketinggian anda. Orang yang tak berapa tinggi akan lebih kelihatan buruk bila terlalu berat membawa kepada gemuk.

Kita terus kepada petua mudah dan berkesan 3 langkah untuk turunkan berat badan anda berdasarkan sains kat bawah ini.

#1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat

Ini formula paling asas yang anda perlu amalkan. Kurangkan dengan banyak penambilan gula dan karbohidrat. Dalam kes kita orang Malaysia, ini bermakna kurangkan nasi, roti putih, mee roti canai, atau lain-lain seumpamanya yang tinggi kandungan karbohidrat.

Anda juga perlu jauhi teh tarik atau nescofi tarik kat kedai mamak tu. Elok minum teh o atau kopi o kosong saja atau dengan gula yang minimum. Atau lebih baik anda boleh order air kosong saja.

Dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dari menu makanan, anda sekali gus akan kurangkan rasa lapar asyik nak makan tak henti. Jadi lebih mudah membantu proses turunkan berat badan anda itu.

Bila anda kurangkan makan gula dan karbohidrat seperti nasi atau seumpamanya, badan anda akan bakar lemak yang dah ada dalam badan untuk keperluan tenaga anda. Tentu bagus bila lemak berlebihan asyik kena bakar selalu kan!.

Baca maklumat kat sini. Juga maklumat dari sini.

Perlukah anda kurang makan makanan berlemak juga?

Tak perlu. Makan macam biasa saja. Anda hanya perlu elak gula dan karbohidrat saja tanpa risau pasal pengambilan makanan berlemak. Bukti kurangkan nasi dan seumpamanya lebih baik berbanding kurangkan lemak boleh anda rujuk kat sini.

#2. Makan protein, lemak dan sayuran

Langkah pertama kat atas tadi adalah hilangkan sebanyak mungkin gula dan karbohidrat dari menu makan dan minum anda. Jadi nak makan apa pulak sekarang?

Gantikan menu anda kepada protein, lemak dan sayur. Itu saja. Mudah kan! Keperluan karbohidrat anda boleh didapati dari pengambilan sayur dan buah yang punya kandungan karbohidrat rendah.

Sumber protein yang anda boleh makan adalah seperti, daging lembu, ayam atau kambing. Anda juga boleh ratah ikan dan telur. Semua itu adalah sumber protein yang baik.

Ertinya anda akan jadi kaki ratah lauk bermula dari sekarang. Bubuh lauk dengan sayur banyak-banyak dalam pinggan dan jangan kasi ruang untuk letak nasi.

Sayur yang punya rendah kandungan karbohidrat adalah seperti broccoli, bayam, tomato, kubis, bunga kubis, timun, lettuce, cabai Cameron (capsicums), asparagus, cendawan, avocados, kacang buncis, bawang putih, saderi, lobak, bawang, terung dan lain-lain. Boleh google saja untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tak perlu risau dengan pengambilan minyak kelapa, minyak zaitun atau butter.

Kalau anda rasa macam tak puas, boleh makan kerap sikit dari biasa. 2 atau 3 kali atau 4 kali.

#3. Angkat berat atau senaman kardio

Ini merupakan langkah ke-3. Pilihan sebenarnya. Kalau anda buat langkah 1 dan langkah 2 kat atas tu dah turun berat badan dalam masa seminggu saja.

Tapi adalah jauh lebih bagus kalau anda masukkan langkah ke-3 ini untuk mantapkan lagi proses turunkan berat badan anda. Dalam masa yang sama untuk transform terus bentuk tubuh badan anda jadi bentuk idaman yang sering anda bayangkan dalam mimpi selama ini.

Kalau tak ada besi kat rumah tu, pergi joint gym. Anda perlu buat latihan angkat besi dalam 3 atau 4 kali dalam seminggu. Bagi yang tak ada pengalaman, eloklah pergi gym sebab ada instructor kat situ yang dapat bantu anda cara angkat besi yang betul dan berkesan.

Kajian menunjukkan dengan kurangkan kandungan karbohidrat dan gula dari menu makanan anda, pembinaan dan pembesaran oto anda akan lebih bagus. Lemak dalam badan anda juga akan berkurangan dengan menu sedemikian. Kat sini rujukannya.

Kalau anda jenis yang tak suka pergi gym angkat berat, boleh lakukan kat rumah saja. Beli set besi yang asas dan buat saja kat rumah.

Kalau itupun anda tak suka. Boleh lakukan senaman kardio seperti jalan kaki laju, jogging, kayuh basikal, berenang, panjat bukit, menari.

Kalau itupun anda tak suka ... tak boleh macam tu! perlu paksa diri juga. Manusia ni jens makhluk yang perlu banyak bergerak. Jangan jadi ular sawa dan mengundang banyak masalah kesihatan nanti. Cari kawan-kawan dan lakukan secara berkumpulan untuk saling galak-menggalakkan.

Ok! itu saja 3 langkah yang anda perlu buat untuk turunkan berat badan anda bermula dari sekarang. Sila amalkan dan lihat bagaimana keberkesanannya. Tak perlu tahan lapar susahkan diri untuk kurus. Ikut saja formula 3 langkah ini, insyaallah ada banyak manfaatnya untuk diri anda sendiri.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petua mudah 3 langkah turunkan berat badan dengan pantas berdasarkan sains

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Malangnya, GULA adalah sahabat sejati majoriti rakyat Malaysia.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !