Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 11, 2019

Kajian menarik - Bersenam mampu merawat orang yang ada masalah mental

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 11, 2019

Ini satu berita menarik yang anda perlu ambil perhatian. Terutamanya untuk mereka yang lebih banyak duduk daripada bergerak.

Kurang bergerak merupakan satu masalah paling besar yang sedang melanda umat manusia moden sekarang ini. Anda yang sedang baca artikel ini berkemungkinan termasuk salah seorang daripada mereka yang kurang bergerak.

Kalau dah kerja memang perlu duduk terperap atas kerusi, nak buat macam mana. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk berterusan abaikan aktiviti bersenam. Orang yang nature kerjanya banyak duduk terlebih utama untuk wajibkan senaman masuk dalam urusan hidupnya.

Manfaat bersenam kepada manusia

Kajian dan buktikan betapa bergunanya bersenam kepada manusia. Memang patutpun begitu. Tak payah nak buat kajian untuk buktikan semua kelebihan atau keperluan untuk bersenam.

Semak balik macam mana manusia boleh sampai ke tahp sekarang. Tengok macam mana manusia berevolusi dari zaman dahulu kala sehingga sekarang. Anda akan dapati bahawa memang tubuh badan manusia terbentuk bersesuaian dengan makluk yang perlu bergerak aktif.

Design tubuh badan manusia adalah untuk bergerak aktif dan bukannya untuk duduk santai terperap macam ular sawa kenyang.

Bila manusia dah mula tak ambil perhatian terhadap tubuh badan mereka yang perlu bergerak itu, maka mulalah datang banyak masalah. Manusia tak boleh nak pisahkan antara mental atau jiwa dengan tubuh badan fizikal yang dia ada.

Gabungan kedua-dua benda itulah yang menjadikan manusia sebagai manusia. Kalau cacat salah satunya, maka, akan tempanglah jadinya.

Berikut 3 perkara yang terbukti berdasarkan kajian:

  • Angkat besi boleh atasi masalah kesedihan - Kalau anda sedih, hilang semangat dan rasa tak seronok ceria. Pergi angkat besi. Buat senaman angkat besi tu terbukti mampu melegakan masalah depresi. Baca kat sini maklumat lanjut.
  • Senaman cardio mampu atasi kerisau - Ada orang yang mudah sangat panik naik risau. Risau itu dan ini tak habis-habis. Kalau layan boleh jadi biul sekali dengan orang yang kuat risau tu. Kalau anda ada masalah macam itu, pergi buat senaman cardio. Macam mana senaman cardio tu? boleh baca kat sini. Maklumat berkenaan kajian ada kat sini.
  • Banyak bergerak elak masalah mental - Orang yang jenis aktif. Tak kisah buat apapun. Kaki ronda keliling kampung atau main tak berhenti macam budak-budak. Biasanya orang jenis macam itu paling kurang risiko hidup tertekan atau kemurungan atau risau tak tentu hala. Baca maklumatnya kat sini.
Semua kelebihan bersenam, angkat besi, banyak bergerak dah diberikan maklumatnya kat atas tu. Terpulang sekarang samada anda sekadar nak jadi orang yang tahu tapi tidak beramal dengan apa yang dia tahu.

Atau nak jadi manusia yang berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Tepuk dada tanya selera.

Chop Mat Rebiah bersenam tak henti

Bagi orang yang duduk daerah seberang perai sana terutamanya di sekitar seberang perai utara, yang seangkatan dengan saya tentu pernah dengar nama popular ni.

Chop Mat Rebiah !

Itu nama seorang lelaki yang tak siuman. Saya dapat tahu dia dah lama meninggal dunia.

Chp Mat Rebiah akan jalan kaki naik turun berpuluh kilometer setiap hari. Sambil jalan dia akan tunjukkan jarinya ke atas.

Hujan ! Hujan !

Bila jumpa rokok dia kutip. Bila lapar dia minta duit kat orang yang dia bertembung. Bila dapat duit terus dia pergi kedai mamak minta roti canai dan air. Mamak bungkus dan dia ambil pi makan kat mana-mana.

Sebab apa saya cerita pasal Chop Mat Rebiah ni?

Manalah tahu kalu-kalau ada yang bertanya nanti. Awat Chop tak pulih balik gila dia tu walaupun terlalu banyak bersenam jalan kaki ke sana-sini tak pernah henti.

Saya pun terfikirkan soalan yang sama juga. Kenapa Chop tak sihat semula. Mungkin dia gila dfulu baru bersenam. Sebab tu tak jadi.

Bersenam mampu rawat masalah mental

Senaman berguna ketika tahap awal spark berlaku. Kadang short dan spark dan kadang-kadang normal waras seperti orang biasa. Ramai yang sedang hadapi tahap spark macam tu sekarang. Semuanya akibat tekanan hidup dan kerisauan yang menjadi-jadi.

Jadi jangan tunggu dah jadi macam Chop Mat Rebiah baru nak bersenam. Masa sihat lagi tu, amalkan bersenam atau banyakkan bergerak.

Ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap pesakit mental. Anda boleh baca maklumat lengkap kajian itu kat pautan sini.

Program senaman secara tersusun di buat untuk mereka yang tak berapa nak sihat mentalnya berjaya memberikan perubahan yang amat baik. 95% daripada mereka rasa lebih baik dari segi mentalnya. 63% rasa ceria dan hilang semua perasaan sedih.

Anda boleh baca maklumat yang sama kat sini.

Selamat bergerak banyak-banyak !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kajian menarik - Bersenam mampu merawat orang yang ada masalah mental

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !