Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 10, 2019

7 langkah mudah jaga kesihatan jantung jika anda kena kencing manis

  Mohd Shubhi       Monday, June 10, 2019

Balik raya baru-baru ni, dengar cerita pasal kencing manis. Ada seorang lelaki berbangsa India kena kencing manis. Mungkin disebabkan dia tak ubah gaya hidup, kencing manis yang dia hidapi tidak terkawal.

Akibat dari itu, kakinya rosak mati.

Ramai orang yang tak jaga tahap gula dalam darah mereka bila dah tahu kena kencing manis. Bila tahap gula tinggi dari sepatutnya, dalam jangka masa yang lama, aliran darah boleh berhenti terutamanya dianggota hujung seperti tapak kaki, jari kaki atau jari tangan.

Bila anggota tersebut tak dapat darah, bererti tak dapat zat makanan dan oksigen. Maka akhirnya semua sel kat situ mati. Bila jadi macam tu, anggota tersebut berubah jadi hitam macam terbakar kering.

Itulah yang berlaku pada lelaki India tersebut.

Bila dah teruk, baru nak ke hospital. Bila doktor periksa, terus bagi arahan untuk kerat kakinya. Malang buat lelaki India itu sebab kedua-dua kakinya dan mati. Oleh itu, kedua-dua kakinya itu perlu dipotong untuk kawal supaya tak jadi lebih teruk.

Selepas kena potong kedua-dua kakinya, dia balik ke rumah.

Siapa yang boleh tahan dengan keadaan sebegitu. Bayangkan tiba-tiba, kaki anda yang selama ini amat berjasa, dipakai untuk ke hulu dan ke hilir. Sepak barang dan sebagainya. Dah tak ada. Anda dah jadi cacat anggota dan keadaan itu adalah kekal.

Oleh sebab tak dapat terima kenyataan, maka dia cuba bunuh diri.

Nasib baik tak sempat mati. Dia sempat diselamatkan. Selepas dapat kaunseling dan mendapat sokongan moral dari keluarga, kawan-kawan dan masyarakat, dia dapat juga terima kenyataan dan mula belajar untuk hidup seperti manusia normal lain.

Dua belah kaki kena potong

Cerita pasal lelaki India itu saya dapat bila pergi ziarah saudara dekat yang turut sama kena potong kedua-dua kakinya. Tapi dia tak kena potong kedua-dua serentak.

Mula-mula kena potong kaki kiri. Selepas beberapa bulan, kaki kanan pulak kena potong. Jarak bertenang selama beberapa bulan itu memberikan dia kekuatan untuk terima kenyataan bahawa dia sudah tidak seperti biasa lagi.

Perlu belajar untuk hidup dengan keadaan kedua-dua kakinya sudah tak ada. Kaki dia teruk. Jadi doktor potong habis sehingga atas kepala lutut.

Bila lihat macam itu, saya rasa sedih untuk dirinya. Terbayangkan jika diri saya sendiri kena macam itu. Adakah saya punya kekuatan untuk hadapi kesemua itu?

Jaga kesihatan jantung bila kena kencing manis

Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian bila kena kencing manis adalah kesihatan jantung. Kalau kencing manis masih boleh dikawal keadaannya, masalah jantung pula kalau dah kena memang boleh kena kejutan yang fatal.

Oleh itu, wajib untuk anda jaga kesihatan jantung dengan mengamalkan budaya hidup yang sihat walaupun dah kena kencing manis. Lagipun, dengan amalan sihat jaga jantung, ia juga dapat kawal masalah kencing manis yang anda hadapi.

Perlu amalkan 7 langkah serampang dua mata ini. Jaga jantung dan jaga kencing manis.
  1. Pantau tahap gula dalam darah - Buat seperti mana yang doktor nasihatkan. Check tahap gula dalam darah biasanya sebelum makan atau sebelum nak tidur. Kekerapan untuk periksa bergantung pada umur, berapa lama dah kena diabetes, tahap komplikasi diabetes dan tahap kesihatan tubuh badan anda.
  2. Pantau tekanan darah - Belilah alat periksa tekanan darah letakkan kat rumah. Periksa setiap kali dan catit bacannya.
  3. Kawal tekanan jiwa - Ini agak susah dan perlukan latihan. Selalu amalkan senaman pernafasan. Sentiasa rehatkan otot. Berfikiran positif elak fikir benda yang berserabut. Sering bersenam.
  4. Amalkan pemakanan sihat - Makan sayur dan buah banyak. Makan protein dari ikan dan ayam tanpa kulit. Makan kekacang dan makanan rugi yang berserat. Elak daging merah, roti putih, beras biasa dan lain-lain lagi. Cari maklumat yang berkaitan pasal makan.
  5. Kekal aktif - Buatlah apa saja asalkan banyak pergerakan. Anda boleh berkebun, jalan kaki, menari, jogging, dan lain-lain lagi seumpamanya. Kalau duduk atas kerusi roda, perlu fikirkan cara untuk kekal bergerak aktif.
  6. Berhenti merokok - Ini memang sukar buat mereka yang ketagihan tegar rokok. Tapi nak buat cam mana, elok hentikan segera. Insyaallah dengan azam kuat boleh saja.
  7. Selalu bincang dengan doktor - Jangan nak berahsia dengan doktor. Beritahu segalanya terus terang. Samada anda terlanjur makan benda tak sihat, termerokok, malas bersenam dan sebagainya.
Selagi anda masih hidup bernyawa, segalanya masih belum berakhir. Ya! memang sukar daripada biasa ketika tubuh badan masih sihat. Tapi perlu bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk ubah diri.

Yang pentingnya, ada perubahan menjadi manusia yang lebih baik sebelum anda menghembuskan nafas yang terakhir.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 langkah mudah jaga kesihatan jantung jika anda kena kencing manis

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !