Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, April 8, 2009

Pekerja Malaysia vs Pekerja Asing

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 8, 2009
Cuba baca artikel di kosmo ini 


Dah kira-kira 2 minggu saya meletakan tanda "Pekerja / Penjual Berpengalaman Diperlukan" di hadapan kedai baru saya. Ada berbelas orang datang meminta kerja. Ada yang ditolak sejak awal lagi sebab tak memenuhi kritiria. 

Kritiria pekerja yang saya perlu adalah 

a. Seorang wanita - lebih mudah menjual barangan wanita jika penjualnya wanita.

b. Umur lebih 30 tahun dan bekeluarga - Kalau yang muda-muda, banyak main-main. Kurang fokus. Saya dapat tengok sendiri gadis-gadis di kedai-kedai sebelah. Tidur dalam kedai. Mengumpat bos sana-sini. 

c. Mempunyai nilai agama - Untuk kritirea ini, saya tak boleh nak tanya mereka berapa nilai iman yang ada dalam diri. Cumanya kita nilai melalui pakaian dan cara berkomunikasi. Kalau pemakaian pun tidak menutup aurat, Insya-Allah saya cuba untuk tidak memilih sebagai pekerja saya. 

d. Warga Indonesia - (akan diterangkan dalam artikel ini)

Ramai rakan-rakan yang melenting apabila saya beritahu saya nak ambil pekerja Indonesia. "Hang nie tak kesian kat orang kita ka ?, awat yang nak amik orang Indon plak ?" tanya seorang rakan saya. 

Dulu sewaktu saya tidak memerlukan pekerja, memang saya bercita-cita untuk mengambil pekerja tempatan tetapi apabila sudah benar-benar perlukan pekerja. Saya buat kajian sendiri terhadap perkara ini. 

Melalui pemerhatian saya, kita sendiri akan nampak perbezaan antara pekerja tempatan dan pekerja asing bagi pekerjaan tahap rendah ini . 

1. Pekerja asing lebih rajin berbanding pekerja tempatan. 

Pekerja tempatan tahu, jika dia tidak bekerja pun, dia masih dapat menumpang di rumah keluarga dan dia tidak akan merana. Pekerja asing pula terpaksa menyara keluarga di negara masing-masing. Jika dia dibuang kerja, adalah sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain. Malah tempoh tidak bekerja bermaksud keluarga di kampung tidak ada pendapatan. 

2. Pekerja asing lebih taat berbanding pekerja tempatan.

Tentu kita hairan kenapa kebanyakan dari "Pak Guard" di negara kita ini dipenuhi oleh pekerja dari Nepal. Mereka ini terkenal dengan sifat yang taat kepada bos. Mereka taat dan tidak akan bertoleransi dengan apa-apa tawaran lain dari perompak atau sesiapa. Banyak kes rompakan bank di Malaysia terjadi kerana "Pak Guard" tempatan ini dah termakan dengan tawaran dan ugutan penjenayah. 

3. Pekerja asing melayan pelanggan dengan lebih baik.

Jika kita ke kedai tomyam atau nasi campur yang diusahakan oleh orang Melayu, tentu anda sudah faham apa yang saya ingin katakan disini. Bila kita pesan makanan, pelayan ambil pesanan dengan endah tak endah saja. Makanan akan sampai lambat. Jika kita buat aduan, dimarahnya pula kita. Berbanding jika kita ke restauran mamak yang rata-rata pekerjanya adalah orang asing dari India atau Bangladesh, mereka bekerja pantas, cepat, kalau kita tegur, dia minta maaf dan kemudian bos dia pula akan tegur lagi. 

4. Pekerja asing lebih murah berbanding pekerja asing. 

Cuba bandingkan dua syarikat A dan B. A mempunyai 50 orang pekerja asing dan B pula mempunyai 50 orang pekerja tempatan. Jika setiap pekerja asing dibayar dengan gaji RM 800 setiap seorang manakala syarikat B membayar RM 1300 untuk setiap pekerja tempatan.

Syarikat A RM 800 x 50 orang = RM 40,000

Syarikat B RM 1300 x 50 orang = RM 65000

Beza bayaran gaji adalah RM 25000. Ini jumlah yang besar. Boleh beli kereta kancil sebuah. 

Membayar bayaran yang mahal untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik dan sekaligus membawa pulangan yang baik adalah sesuatu yang baik, tetapi membayar harga yang mahal untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih teruk, tentu sesiapa pun tidak sanggup. 

Hari ini saja saya telah interview 4 orang pekerja, tetapi semuanya orang Malaysia. Dan daripada keseluruhan 10 orang yang datang memohon kerja, saya masih lagi memilih rakyat Malaysia untuk bekerja dengan saya. 

Walau apapun keburukan kita, anak kita tetap anak kita. Takkan kita nak susukan kera di hutan dengan membiarkan anak sendiri kelaparan. 

Saya berharap Allah akan merahmati pilihan ini. 


Terima kasih 


Shahabudeen Jalil
08 April 2009
Kuala Lumpur

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pekerja Malaysia vs Pekerja Asing

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !