Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, April 22, 2009

Raja

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 22, 2009

Sebagai orang Islam yang berpegang dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamah kita beriktikad bahawa semua manusia kecuali Nabi dan Rasul tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan atau kesilapan yang boleh mendatangkan keaiban.

Maka dengan itu kita tak dapat menolak bahawa selain dari Nabi dan Rasul tiada jaminan mereka akan terlepas dari melakukan kesilapan samada sengaja atau tak sengaja.

Kemungkinan manusia selain Rasul dan nabi untuk melakukan kesalahan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Ini termasuklah samada orang itu merupakan Raja atau Sultan atau Agong atau apa saja nama atau gelaran yang diberikan kepada pemimpin yang mana kuasa memerintah, memimpin dan mempertahankan rakyat diberikan kepadanya.

Dengan alasan itu maka bukanlah sesuatu yang pelik untuk kita sebagai manusia saling tegur menegur dan saling ingat memperingati agar tidak terjerumus ke jurang kesilapan yang lebih dalam.

Sesiapa sahaja selain Nabi dan Rasul tidak boleh sama sekali mendabik dada mengatakan segala tindakan atau keputusan mereka sentiasa benar dan tidak boleh dicabar.

Pada zaman pemerintahan beraja dahulu Raja amat dipandang tinggi oleh rakyat sehingga timbul berbagai cerita sakti yang tak masuk dek akal dihubungkan terhadap si Raja yang berkuasa.

Dulu rakyat mengharapkan Rajanya untuk memimpin urusan memakmurkan negeri serta mempertahankan keamanan rakyat. Oleh itu adalah tugas Raja untuk memastikan dia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai orang yang diamanahkan memelihara kesejahteraan rakyat dan negeri.

Jika Raja hanya menumpukan pada matlamat peribadi iaitu mahu mempertahankan kedudukannya dan kesenangannya maka mudahlah dia menggadaikan pada musuh yang lebih kuat, kesejahteraan dan juga kemakmuran rakyat. Asalkan statusnya dari segi material dan pangkat tidak lucut maka dia sanggup memberikan kuasa memerintah kepada kuasa lain yang lebih kuat itu.

Bagi Raja yang melaksanakan amanahnya, pasti dia akan memimpin menentang kuasa yang cuba datang menjajah tanahairnya bersama-sama rakyatnya. Hanya dua kemungkinan berlaku iaitu samada kerajaannya hilang bersama-sama dengan taktanya atau penjajah dihalau keluar dari cubaan menakhluk.

Tapi peliknya kita lihat di satu negara yang dulunya dipimpin oleh para Raja dan Sultan yang berdaulat telah dijajah, diratah segala kekayaannya dan diperbudakkan segala rakyatnya, sedangkan para Raja dan Sultan masih kekal dengan status, pangkat dan kekayaannya.

Lazimnya setiap negeri beraja yang diserang oleh kuasa lain akan terhapus kuasa Rajanya dan pemerintahan atau kerajaannya akan lenyap jika yang menyerang itu menang setelah ditangkis bermatian oleh Raja yang memerintah. Tapi itu tidak berlaku di negara tersebut.

Jika Raja beramanah dia akan memihak kepada rakyat tanpa dapat dikuasai oleh kuasa lain walaupun itu bermakna dia akan hilang kesenangan atau kemewahannya dan juga statusnya. Jadilah Raja yang mempertahankan rakyatnya bukan Raja yang mempertahankan status, pangkat dan kemewahan sahaja.

Kita khuatir Raja-Raja atau tuan punya negeri lebih mementingkan kesenangan yang dikecapinya dan dengan itu akan lebih memihak kepada siapa yang dapat menjamin kedudukan dan status kesenangannya. Jika ini berlaku maka sejarah akan berulang sebagaimana negara kita dijajah oleh barat suatu masa dahulu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Raja

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Salam.

    Pada suatu masa di zaman dahulu terdapat sebuah negara monarki nun jauh di nusantara. Rajanya bergelar Sultan yang Berdaulat kerana salasilah baginda bersambung kepada cucu baginda Rasulullah s.a.w. Daulah Islamiyyah tertanggung di bahu kanan baginda dan kesejahteraan rakyat di sebelah kiri bahu baginda. Baginda memerintah secara adil menurut syariat Islam.

    Raja England ingin merompak negara tersebut yang kaya dengan hasil bumi. Maka digunakan sebuah syarikat GLC untuk merasuah seorang lagi ahli kerabat yang tidak berhak. Raja England tahu pemberontakan dalaman berunsur rasuah akan melemahkan pengikut baginda sultan. Kemudian berlakulah rampasan kuasa dengan pembunuhan segala kaum kerabat sultan yang berdaulat sepertimana peristiwa Karbala'. Raja yang tidak berdaulat naik takhta dengan mandat Raja England. Beberapa pembesar yang setia memberontak. Mereka dilabel pemberontak Raja England padahal mereka sebenarnya memberontak kepada raja baru yang tidak berdaulat. Kebatilan ditutup rapat-rapat dan semua fakta sejarah dimanipulasi sehinggalah Raja England dilabel sebagai Penjajah walhal Penjajah sebenar ialah raja baru yang rasuah dan tidak berdaulat. Pada hari ini kerajaan monarki di negara tersebut telah digulingkan oleh rakyat. Negara tersebut telah menjadi sebuah republik. Nama negara tersebut terpaksa dirahsiakan untuk mengelak aib kepada keturunan mereka. Tidak ramai yang juga tahu kisah ini sebab fakta sejarah di manipulasi.

    ReplyDelete
  2. TK atas maklumat yang di atas. Boleh kita ceritakan lebih lanjut jika ada kesempatan bertemu bila saya balik penang nanti.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !