Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, April 21, 2009

Saya Pun Melayu - Zaid Ibrahim

  Mohd Shubhi       Tuesday, April 21, 2009

Membaca buku terbaru yang ditulis oleh Bekas Menteri Undang-Undang kita amat menarik. Kupasan beliau yang mengharapkan satu perubahan kepimpinan dalam politik Malaysia nampak ikhlas.

Cuma satu komen yang saya lihat kurang menarik. Dia tidak bersetuju dengan usaha mengharamkan warisan seni yang bercanggah dengan agama Islam. Dia memberi hujah bahawa sejak dulu negara kita tak pernah ketandusan dengan alim ulamak yang hebat-hebat, sejak 50 tahun dulu lagi.

Jika benar Islam melarang warisan kesenian yang telah diharamkan oleh pihak tersebut sekarang ini, mengapa ulamak terdahulu tidak mengharamkannya. Dia mempersoalkan adakah ulamak sekarang lebih hebat dari ulamak terdahulu.

Hujah yang diberi sangat dangkal dan tidak kuat. Jika dia mahu mempertikaikan larangan tersebut datangkanlah hujah yang berupa nas Al-Quran atau Hadith atau pendapat ulamak yang muktabar yang mengharuskan perkara terbabit bukannya dengan memberikan alasan bahawa ulamak sekarang nak tunjuk pandai lebih dari ulamak terdahulu.

Islam tidak menghalang kesenian dan perkembangan budaya selagi ia tidak bertentangn dengan aqidah dan hukum hakam syariat. Jangan kita ambil muat semua yang telah dihidangkan oleh datuk nenek kita atau yang telah menjadi kebiasaan masyarakat terdahulu dan amalkanya walaupun ianya bertentangan dengan syariat.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Saya Pun Melayu - Zaid Ibrahim

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !