Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 24, 2009

Revolusi IQ.EQ.SQ

  Mohd Shubhi       Friday, April 24, 2009

Buku yang ini banyak menceritakan tentang keunikan otak dan keupayaan manusia dalam menggunakannya. Banyak yang boleh dipelajari dari pembentangan penemuan-penemuan yang telah di ceritakan dalam buku ini.

Satu kupasan yang amat menarik dalam buku ini ialah tentang catatan segala amal kita semasa hidup yang akan dibentangkan kepada kita diakhirat kelak dan bagaimana secara saintifiknya buku catatan itu sebenarnya kita sedang membawanya kemana-mana dan segala amalan kita sedang dicatit satu demi satu tanpa ada yang tertinggal sedikitpun. Semuanya berada dilembaran kulit otak kita.

Namun agak sukar untuk menumpukan perhatian dalam pembacaan buku ini kerana gaya penulisan penulisnya agak kabur dan tidak lancar. Dia seperti menulis apa yang terlntas difikirannya. Ini membuatkan kita susah untuk memberikan tumpuan.

Saya rasa penulis tidak dapat membentangkan apa yang nak disampaikannya dalam gaya yang dapat menarik pembaca terutamanya bagi pembaca awam seperti saya.

Bagi mereka yang tak berapa berminat dengan pembacaan berat saya tidak mengesyorkan anda membaca buku ini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Revolusi IQ.EQ.SQ

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Sayang intinya menarik tetapi penyampaiannya kabur. Samada penulis berada di level yang lebih tinggi atau beliau menulis mengikut firasat (karamah otak). Ramai orang dikurnia firasat tetapi tidak dapat disampaikan.

    insya Allah saya akan dapatkan senaskhah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !