Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 1, 2009

Anda Produk Keluaran Mana...?

  Mohd Shubhi       Friday, May 1, 2009

Cuba lihat diri anda. Bagaimana anda berfikir ?. Adakah anda prihatin dengan apa yang berlaku di sekitar tempat tinggal anda ?, adakah anda turut memberikan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan tempat anda ?, adakah anda suka menolong rakan tetangga anda ? adakah anda kenal jiran sekeliling anda ? adakah anda kenal imam dan ahli masjid khariah anda ?

Jika semua jawapan diatas adalah "tidak" anda akan membentuk satu lagi generasi yang tidak menyumbang kepada pembangunan ummah. Kerana apa yang anda amalkan, apa cara anda fikirkan akan anda wariskan pada anak-anak anda.

Sedarkah kita bahawa keupayaan kita menulis, membaca, punyai kerja, punyai makanan, rasa aman, rasa bertanggung jawab, ada tempat untuk berehat, ada tempat untuk bermain, ada tempat untuk beribadat, ada peluang untuk berderma, ada tempat untuk hantar anak sekolah, ada tempat untuk hantar anak mengaji dan lain-lain lagi adalah kerana adanya mereka yang punyai tabiat buat kebaikan dan suka menyumbang untuk manusia lain.

Bayangkan jika semua orang jadi kera sumbang. Lumpuhlah sesuatu penempatan tersebut. Nampaknya zaman kini terlalu sedikit yang mahu ke depan untuk turut menyumbang kepada masyarakat. Boleh dilihat dari fenomena satu-satu orang memegang jawatan yang terlalu banyak.

Kerana majoriti menolak untuk mengambil tanggungjawab sebagai penggerak. Kononnya takut memegang jawatan. Kononnya takut orang kata gila pangkat. Kononnya diri tak layak.

Sebenarnya segala usaha kemasyarakatan kita adalah untuk jenerasi selepas kita, iaitu anak-anak kita.

Kita berada disini adalah hasil kperihatinan generasi tua sebelum kita dan tiba masanya kita mengambil tugas membuat persediaan untuk jenerasi selepas kita.

Saya adalah produk keluaran Kubang Semang. Sekarang tinggal di Puchong. Anak-anak saya akan menjadi produk keluaran Puchong yang mana saya juga harus memainkan peranan untuk mengeluarkan produk yang baik. Saya tak mahu hanya menjadi menerima sumbangan. Saya mahu turut menjadi penyumbang.

Bukankah tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Mereka yang banyak menyumbang dalam hal kemasyarakatan adalah tangan di atas. Mereka yang hanya menumpang tinggal di dalam masyarakat itu. Duduk rumah keluar rumah tidak terlibat denga apa saja aktiviti masyarakat adalah tangan di bawah...sama macam peminta sedekah.

Mari kita hasilkan produk yang baik dari tempat tinggal kita.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda Produk Keluaran Mana...?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !