Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 30, 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Diri Sendiri

  Mohd Shubhi       Monday, November 30, 2009

Sebelum ini saya memberikan tumpuan kepada faktor luaran yang menghalang kita dari menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Sebenarnya tidak faktor lain yang lebih penting dari faktor dalaman pada diri sendiri yang menentukan samada kita mampu atau tidak meneruskan impian kita untuk menjadi usahawan.


Menurut Napoleon Hill, semua manusia sentiasa dibelengu oleh 6 jenis ketakutan yang sentiasa mengheret kebelakang bagi menghalang kita bergerak ke depan. Jika kita berjaya memotong ke enam-enam tali yang mengikat leher kita yang merantai dan menarik kita ke belakang maka kita akan sentiasa maju ke depan dalam apa sahaja bidang yang kita mahu ceburi.

Secara umumnya terdapat 6 jenis ketakutan yang sentiasa membelenggu kita. Jika terdapat ketakutan-ketakutan lain pun ianya akan membawa kepada 6 rumusan asas tersebut juga. Berikut adalah 6 jenis ketakutan yang perlu kita kuasai:
1. Takut kepada kritikan
2. Takut kepada kemiskinan
3. Takut kepada kehilangan sesuatu yang kita sayang
4. Takut kepada datangnya tua
5. Takut kepada jatuh sakit
6. Takut kepada Kematian

Cuba kita renung sejenak senarai yang saya susun di atas, dan fikirkan tentang sesuatu yang kita ingin lakukan tetapi sampai sekarang kita tak pernah berjaya memulakannya. Pasti sebabnya akan termasuk dalam salah satu dari senarai tersebut di atas.

Sebagai contoh mungkin kita pernah teringin sentiasa memakai ketayap, atau kopiah ke mana-mana sebagai uniform tetap kita, tapi akibat kita takut nanti apa pula kata orang pada kita maka kita batalkan niat tersebut. Bukankah kita melupakan niat kita kerana dibelenggu oleh takut akan kritikan.

Di sini kita dapat melihat bahawa ketakutan yang menghalang kita menceburkan diri dalam dunia perniagaan adalah disebabkan salah satu faktor yang saya sebutkan di atas tadi. Kita takut jatuh miskin, kita takut orang sekeliling kritik, kita takut hilang kesenangan yang kita kecapi selama ini, kita takut jatuh sakit, susah dan sebagainya. Maka berterusanlah kita tidak maju melaksanakan keinginan kita akibat sentiasa ditarik kebelakang oleh rantai ketakutan.

Keenam ketakutan tersebut menjadi perkara yang paling utama yang perlu kita tangani jika kita mahu maju atau jika kita mahu menjadi usahawan. Masalahnya bagaimana hendak mengatasinya?.

Sebagai pedoman kita orang Islam perlu ingat bahawa segala ketakutan yang ada hanya perlu kita tumpukan pada Pencipta kita iaitu Allah Subhanahu Wa Taala, malah itulah yang pertama sekali yang diseru oleh junjungan kita Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam. Maka tidak hairanlah para sahabat yang beriman dengan Nabi Muhammad menjadi sebaik-baik umat yang berjaya menguasai 2/3 muka bumi.

Jadi formula yang amat berkesan dalam menguasai 6 ketakutan di atas terdapat dalam Kalimah Lailaha Illallah. Jika kita masih lagi menaruh rasa takut cubalah kita semak semula pengakuan kita terhadap kalimah shahadah itu.

Setelah itu, kita hendaklah mendalami selok belok hukum hakam agama serta batasan halal dan haram. Ini amat penting untuk kita membuat keputusan samada mahu meneruskan keinginan kita dalam melaksanakan sesuatu. Jika apa yang hendak kita laksanakan tidak bertentang dengan syariat yang telah ditentukan oleh Pencipta kita, maka silalah teruskan, tiada siapa lagi boleh menghalangnya.

Selamat mencuba.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Diri Sendiri

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !