Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 17, 2009

Berhati-Hati Berkelah Di Air Terjun

  Mohd Shubhi       Thursday, December 17, 2009

Peristiwa yang berlaku di Air Terjun Mag-Aso, Pulau Bohol yang sempat dirakamkan oleh salah seorang pengunjung pada awal bulan September 2009 lepas.

Saya mendapat gambar dan laporan dari seorang kawan yang menghantar e-mail mengenai peristiwa tersebut baru-baru ini.

Saya rasa elok untuk dipaparkan di sini agar kita mendapat gambaran keadaan sebelum berlaku dan selepas berlaku sebagai pedoman untuk kita lebih peka dan berwaspada ketika berkelah.

Kata orang tua-tua, jika sedang mandi di air terjun tiba-tiba air bertukar menjadi keruh, elok segera beredar jauh dari kawasan tersebut.

Suasana air yang tenang, damai dan menyegarkan.



Kelihatan 2 pemuda sedang menuju berdekatan air terjun tersebut.


Gambar yang diambil menunjukkan pondok yang terletak di bawah air terjun tersebut.

Cuba perhatikan air sedang bertukar menjadi keruh secara tiba-tiba walaupun suasana sekeliling masih tetap tenang, tak ada ribut dan tak ada hujan. Bulatan menunjukkan kedudukan pemuda yang sedang mandi tadi.

Air mula bertukar menjadi ganas. Arus deras tiba-tiba melanda dalam suasana sekeliling yang masih seperti tadi.

Perhatikan pondok tadi mula ditenggelami air.




Pemuda yang berada di tepi air terjun tadi di temui mati sekitar 5 km dari tempat kejadian.

Moga kita dapat mempelajari sesuatu dari peristiwa di atas.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berhati-Hati Berkelah Di Air Terjun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !