Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 4, 2009

Penggunaan Handphone Tidak Menambah Kes Barah Otak

  Mohd Shubhi       Friday, December 4, 2009

Satu ketika dulu heboh orang mengatakan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat menyebabkan barah otak sehingga banyak aksesori yang dapat menghalang radiasi elektromagnet berada di pasaran.

Persatuan pengguna P Pinang (CAP) juga menjadi antara badan yang kuat memberikan kesedaran tentang bahaya ini sampai Presidennya tak mau pakai Handphone.

Namun kajian pada 1998 menunjukkan sebaliknya dan baru-baru ini kajian susulan yang dijalankan oleh The Danish Cancer Society menunjukkan tiada perubahan kenaikan kes barah otak terhadap 59,654 kes barah otak selama 30 tahun dari 1973 hingga 2003. Kajian dilakukan terhadap 16 juta orang dewasa.

Kajian susulan dari 1998 tersebut masih menunjuk keputusan yang negatif terhadap pengaruh handphone terhadap kes barah otak.

Walau bagaimanapun, pakar menyatakan masih ada kemungkinan kesannya adalah melebihi 10 tahun penggunaan, satu kajian susulan perlu dijalankan lagi bagi membuat rumusan yang lebih tepat.

Kesan Buruk Lain

Yang pastinya, penggunaan handphone sebenarnya adalah lebih merbahaya sehingga dapat membunuh ramai manusia apabila digunakan ketika sedang memandu. Banyak kemalangan kecil akibat bermain sms ketika memandu terjadi di jalanraya.

Bermain sms ketika memandu juga menyebabkan ramai orang yang terpaksa berbelanja lebih akibat disaman oleh polis trafik.

Handphone juga meningkatkan kes sakit otak akibat pergaduhan suami isteri apabila salah seorang pasangan terjumpa sms curang bermain kayu tiga dari pasangan satu lagi. Akibatnya si suami atau si isteri terpaksa berhati-hati di mana handphone disorokkan takut kalau-kalau pasangannya mencuri baca sms.

Handphone juga meningkatkan kes fitnah sesama manusia apabila laporan palsu bertebaran berleluasa. Banyak maklumat kenyataan palsu dari ulamak seperti Datuk Haron Din disebarkan melalui sms yang mencelarukan umat islam.

Handphone juga dapat menumbangkan kerajaan apabila maklumat politik pantas di sebarkan oleh parti lawan. Selain dari sumbangan blog, sms juga memainkan peranan yang tinggi dalam kejatuhan BN menguasai 2/3 kerusi parlimen.

Handphone juga dapat menumbangkan seorang menteri kabinet kerana rakaman aktiviti tidak bermoral di rakamkan dan sebarkan seperti kes Chua Soi Lek. Kes Elizabeth Wong juga berjaya mengkucarkacirkan kedudukannya sebagai Exco negeri.

Di Selatan Thailand, banyak nyawa melayang akibat dari letupan bom yang menggunakan handphone sebagai suis jarak jauh bahan letupan.

Handphone yang sering berbunyi ketika orang mengerjakan solat berjemaah juga banyak mengganggu jemaah dengan lagu-lagu yang kadangkala brutal, lawak dan menyakitkan hati, begitu juga ketika mesyuarat atau seminar dijalankan, kita sering terkejut dengan bunyi nada dering yang kuat.

Banyak juga kereta pecah akibat tertinggal handphone di dalam kereta yang mengundang cubaan mencuri handphone tersebut. Begitu juga rompakan handphone oleh penyamun jalanan yang bermotor yang datang merampas ketika orang sedang berjalan, dan kadangkala mengundang kemalangan besar.

Begitulah manusia, segala ciptaan di muka bumi ini di berikan Allah untuk kita menjalani kehidupan. Terpulanglah kepada ketakwaan masing-masing memilih matlamat dari penggunaan kita ke atas segala ciptaanNya. Seperti kata lirik sebuah lagu

"Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kiri mu, aku tak tahu yang mana akan kau berikan pada ku".....
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Penggunaan Handphone Tidak Menambah Kes Barah Otak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !