Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 15, 2010

Bersenam Untuk Membantu Kuatkan Ingatan Orang Tua

  Mohd Shubhi       Friday, January 15, 2010

Bila dah masuk umur melebihi 50 tahun, perkara yang sering dikeluhkan oleh kita ialah daya ingatan yang semakin lemah. Kita juga kadang kala terbelenggu dengan kemampuan berfikir yang agak terbatas, tak sekreatif sewaktu zaman muda dahulu.

Tapi jangan gusar kerana saintis mendapati bahawa dengan bersenam selama sekurang-kurangnya 4 jam seminggu, ia dapat membantu daya berfikir warga tua.


Ini merupakan rumusan daripada satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan, University of Washington terhadap sekumpulan warga tua yang menghadapi masalah daya ingatan yang agak lemah.

2 kumpulan mereka yang berumur dalam lingkungan 70 tahun di berikan latihan yang berbeza dengan satu kumpulan melakukan senaman intensif selama satu jam dalam empat hari seminggu, dan satu kumpulan lagi hanya melakukan senaman stretching sahaja. Aktiviti dilakukan selama 6 bulan.

Hasilnya menunjukkan mereka yang bersenam secara intensif mempunyai daya ingatan dan daya fikir yang lebih meningkat.

Satu lagi kajian yang dilakukan di Mayo Clinic, Rochester Minessota mendapati bahawa mereka yang secara tetap bersenam dengan berjalan kaki, senamrobik, mengangkat beban, atau berenang sejak pertengahan umur  adalah 40%  lebih kurang berisiko menghadapi masalah ingatan daripada mereka yang tidak melakukannya.

Mereka juga mendapati senaman ringan seperti bermain golf, bermain bowling atau menari tidak membantu dalam memperbaiki daya ingatan.

Saya melihat orang tua-tua kampung dulu kebanyakannya amat sihat dan tidak ada masalah daya ingatan, terutamanya mereka yang banyak tanah yang mereka usahakan kebun dimana mereka sentiasa mengcangkul, menanam atau membersihkan ladang mereka secara tetap.

Orang dibandar pula kebanyakannya apabila sampai umur 60 tahun atau selepas pencen mereka kelihatan seperti sangat tua dan tidak segar, sebagaimana laporan kementerian kesihatan satu ketika dulu manyatakan bahawa 70% warga negara kita merana tidak sihat dengan pelbagai penyakit sepanjang 15 tahun terakhir kehidupan mereka.

Kedua kajian di atas disiarkan dalam the Archives of Neurology.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bersenam Untuk Membantu Kuatkan Ingatan Orang Tua

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !