Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 23, 2010

Membantu Ingatan Yang Dah Tak Kuat Waktu Berumur

  Mat Bihi       Saturday, January 23, 2010

Semalam ketika dalam perjalanan ke Melaka bersama dengan kawan-kawan, kami banyak berbincang tentang isu-isu kesihatan. Salah seorang dari kami merupakan orang lama yang lebih berumur dari kami semua dan dia nampaknya amat berminat dengan petua-petua untuk menjaga kekuatan ingatan ketika tua.


Kebetulan sebelum ini saya ada menampal beberapa artikel berkenaan daya ingatan yang semakin lemah apabila usia meningkat, saya kumpulkan di sini beberapa petua yang dapat membantu menguatkan ingatan semula yang semuanya adalah hasil dari kajian dan di buktikan secara saintifik akan kemujarabannya.




1. Berjogging
Kajian yang dijalankan oleh Cambridge University menunjukkan bahawa berjogging membantu meningkatkan daya ingatan kita dan boleh mengelakkan masalah terlupa. Mereka mendapati dengan berjogging, beratus ribu sel-sel otak baru yang membantu menyimpan memori terbina semula. Dengan terbinanya sel-sel baru tersebut kita dapat menyimpan maklumat lama dengan jelas dan tepat dan mampu mengeluarkannya apabila diperlukan. Tidak hairanlah Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, 54 merupakan seorang kaki jogging yang tetap, begitu juga dengan banyak pemimpin-pemimpin dunia lain yang mementingkan kekuatan ingatan.



2. Minyak Ikan Omega 3
Minyak Ikan mampu membantu ingatan kita jika diambil sebanyak 900mg capsul setiap hari. Ini merupakan satu kajian yang dijalankan oleh Dr Karin Yurko-Mauro. Walau bagaimanapun, pengambilannya hendaklah di waktu awal sebelum masalah kurang daya ingatan mula menyerang kita. Kalau dah nyanyuk makan satu tong minyak ikan pun tak dapat membantu kita lagi.



3. Minum Jus Anggur Purple (Grape)
Ini merupakan kajian dari Universiti of Cincinnati yang mendapati mereka yang mula kehilangan ingatan apabila diberikan minuman jus grape setiap hari menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Ia terutamanya amat berkesan dalam membantu ingatan jangka-pendek.



4. Minum Kopi
Dr Gary Arendash, pakar neurologi merupakan saintis yang menjalankan kajian ini. Untuk menajamkan daya fikiran dan menguatkan ingatan kita boleh minum 2 cawan kopi "kaw" atau 14 cawan teh. Sebenarnya yang membantu proses ingatan adalah cafeine yang terdapat dalam minuman tersebut.



5. Minum Jus Blueberry
Satu lagi kajian yang dijalankan oleh University of Cincinnati terhadap jenis-jenis jus buahan yang boleh membantu kekuatan daya ingatan mendapati jus blueberry amat baik bagi menghalang kemerosotan daya ingatan, juga mampu menajamkan daya pemikiran. Kita perlu minum seelok-eloknya 2 cawan sehari bagi mendatangkan kesan yang optimum. Blueberry merupakan sejenis buah yang dipanggil "superfood" disebabkan keupayaannya melawan berbagai penyakit seperti kanser, asthma, jantung, cataracts dan cystitis.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Membantu Ingatan Yang Dah Tak Kuat Waktu Berumur

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment