Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 25, 2010

Tidak Perlu Makan Suplemen Untuk Menjaga Kesihatan - Jimatkan Wang Anda

  Mohd Shubhi       Monday, January 25, 2010

Kalau kita masuk dalam farmasi yang bercambah di pusat-pusat bandaraya, kita akan dapat melihat beribu-ribu jenis makanan tambahan (suplemen) yang dijual dalam bekas botol atau plastik yang cantik dan bermutu, kita sering disuap dengan iklan kononnya suplemen-suplemen tertentu mampu mencegah pelbagai penyakit dan boleh menyihatkan anda.


Ada banyak juga syarikat MLM yang mempromosikan berbagai suplemen yang kononya mampu menyihatkan anda dan dapat mengelakkan anda dari berbagai penyakit.


Tahukah anda bahawa jika anda mengamalkan makanan asli semulajadi seperti buat dan syuran yang pelbagai, kesannya adalah jauh lebih selamat dan lebih berkesan untuk kesihatan anda dari pada memakan suplemen.




Anda juga boleh menjimatkan ratusan ringgit wang anda dengan hanya membeli makanan, sayuran dan buah-buahan asli untuk makanan kesihatan anda.


Banyak institusi penyelidikan kini mengakui bahawa makanan merupakan ubat terbaik mencegah penyakit, ianya lebih selamat, natural dan menjimatkan.


Contoh makanan di bawah adalah makanan yang boleh anda amalkan bagi mencegah kanser sebagaimana yang disarankan oleh Canser Cure Foundation, Amerika.


  1. Avokado - kaya dengan glutathione, antioksidan kuat yang menyerang radikal bebas dalam tubuh dengan menyekat penyerapan lemak tertentu oleh usus.
  2. Brokoli, kubis, dan bunga kubis - mempunyai komponen bahan kimia indole-3-carbinol yang boleh menentang kanser dengan menukar estrogen yang meransang kanser menjadi bahan yang lebih melindungi. Brokoli juga mengandungi phytochemicals glucoraphamin yang dipercayai membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar dan dubur.
  3. Lobak merah - mengandungi banyak beta kerotina yang boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara.
  4. Cili - mengandungi Capsaicin yang boleh meneutralkan bahan penyebab kansernitrosaminadan boleh membantu mencegah kanser perut.
  5. Bawang Putih - Mengandungi sebatian Allium yang meningkatkan aktiviti sel imune yang menentang kanser dan membantu meecah bahan penyebab kanser. Ia juga menyekat karsinogen dari memasuki sel dan melambatkan pembesaran tumor.
  6. Sayuran Berdaun Hijau dan Kuning - Membantu mengelakkan kanser perut.
  7. Kacang - Mengandungi antioksidan yang boleh menyekat pertumbuhan kanser. Juga mengandungi asid lemak omega-3, yang menyekat protien di mana ia menghalang protien yang menambah sensitiviti terhadap karsinogen.
  8. Oren dan Lemon - Mengandungi limonene yang meransang sel imune yang membunuh sel kanser.
  9. Betik - Mengandungi vit C yang bertindak sebagai antioksidan yang mengurangkan penyerapan nitrosamina penyebab kanser daripada tanah atau makanan yang diproses. Juga mengandungi folacin atau acid folik yang boleh mencegah displasia servik dan kanser tertentu.
  10. Keledek - Mengandungi beta kerotena yang boleh melindungi DNA daripada bahan kimia penyebab kanser.
  11. Jus Epal - Minum kanser bersama seratnya (jangan taois) boleh mencegah kanser usus.
  12. Teh - Teh hijau dan hitam mengandungi antioksidan polyphenol yang mampu mencegah sel kaser daripada berpecah. Daun teh hijau kering juga boleh mengurangkan risiko kanser perut, paru-paru, kolon, rektum, hati dan pankreas.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tidak Perlu Makan Suplemen Untuk Menjaga Kesihatan - Jimatkan Wang Anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !