Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 15, 2010

Buat Syarikat Untuk Di Jual

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 15, 2010
Satu teknik yang amat baik dalam membina syarikat yang berjaya adalah dengan mengatur perjalanan syarikat sebaik mungkin seolah-olah ianya untuk dijual kepada mereka yang berminat.

Bayangkan jika anda mempunyai wang yang banyak dan mahu melaburkannya dengan membeli sebuah syarikat yang baik, syarikat yang bagaimana yang bakal anda beli?.

Salah satu ciri-ciri syarikat yang kita tidak patut beli ialah syarikat yang kehidupannya bergantung kepada tuan punya syarikat. Apabila tuan punya syarikat itu meninggal, maka matilah perjalanan syarikat itu kerana selama ini pelanggan berurusan dengan syarikat atas dasar mempercayai tuan punya syarikat tersebut dan percaya tuan punya syarikat merupakan orang yang boleh diharap.


Contoh syarikat yang seperti demikian adalah seperti klinik yang segala-galanya dilakukan oleh doktor yang punyai klinik tersebut, jika doktor itu tiada maka klinik akan tutup.

Satu contoh lagi syarikat yang bergantung kepada tuan punyai syarikat adalah syarikat membaiki kenderaan yang tuan punya syarikat membuat segala kerja termasuk membaiki dengan berbaring dibawah kereta sepanjang masa, yang hebatnya adalah tuan punya syarikat itu bukanlah syarikatnya.

Syarikat yang baik untuk kita beli merupakan syarikat yang ada sistem tersusun dan teratur  yang berjalan dengan sendirinya tanpa memerlukan kehadiran tuan punya syarikat itu. Semua perjalanan pengurusan dari operasi, HR, kewangan dan pemasaran berjalan dengan sendiri dan bersistem.

Syarikat yang sedemikian sesiapa sahaja ingin membelinya, kerana ia berdiri atas dasar reputasi syarikat itu sendiri dan bukan bergantung kepada siap pemiliknya. Kerja pemiliknya hanya memacu menaikkan lagi syarikat ke peringkat yang lebih tinggi dan menambahkan lagi nilai syarikat.

Contoh syarikat yang mempunyai sistem yang hebat adalah seperti McDonalds. Ia mampu dikendalikan hanya oleh budak-budak lepasan sekolah dan tidak memerlukan seorang yang geneius untuk menguruskannya, semua orang mahu membeli syarikat tersebut jika ditawarkan untuk dijual.

Jadi jika anda mempunyai syarikat dan syarikat anda bergantung kepada kehadiran anda untuk hidup, anda masih lagi belum berjaya membina syarikat yang dicari oleh pembeli.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Buat Syarikat Untuk Di Jual

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !