Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 15, 2010

Makan Beras Putih Menambah Risiko Kencing Manis

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 15, 2010
Pakar dari Amerika mendakwa makan nasi dari beras putih menambahkan risiko menhidapi penyakit kencing manis. Menukarkan menu makanan dengan mengalih kepada roti atai "Brown Rice" dapat mengurangkan 1/3 risiko terkena serangan diabetes. Baca laporan ini untuk maklumat lanjut.

Mungkin faktor penyebab rakyat Malaysia ramai yang terkena diabetes bukan di sebabkan gula sebagaimana yang disebarkan dalam iklan-iklan media massa sekarang ini. Kalau nak dibandingkan penggunaan gula dengan nasi, orang kita kuat makan nasi sedangkan nasi merupakan penyumbang penyakit kencing manis.

Iklan mengurangkan gula amat hebat dipromosikan sekarang ini. Ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan memperkenalkan pemanis lain sebagai pengganti gula dengan alasan mengelak penyakit diabetes. Tambahan pula gula merupakan barang kawalan dan nampaknya kerajaan terpaksa meliberalisasikan pasaran gula.

Walaubagaimanapun makan berlebihan ni sebenarnya amalan yang buruk, bersederhana dan mengawal nafsu makanan adalah yang terbaik.  
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makan Beras Putih Menambah Risiko Kencing Manis

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !