Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 30, 2010

Jangan Hanya Tumpu Pada Kerajaan - Masih Banyak Sumber Lain.

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 30, 2010
Kalau kita berjumpa dengan 10 usahawan melayu terutamanya dalam bidang kontraktor, pembekalan, dan perkhidmatan, kita akan dapati hampir keseluruhannya bergantung kepada tender-tender kerajaan.

Ramai dari kalangan usahawan yang saya kenal yang telah berniaga bertahun-tahun tetapi masih meletakkan kerajaan sebagai sumber mencari rezki mereka. Tanpa kerja atau tender dari kerajaan alamat gulung tikarlah perniagaan mereka.

Kelebihan mereka ini adalah mempunyai kenalan yang amat luas terutamanya dari kalangan pegawai kerajaan yang terlibat dalam pemberian kerja-kerja kerajaan.

Kebanyakan mereka pasti mengenali sekurang-kurangnya 2 atau 3 pengarah pembangunan atau kejuruteraan di PBT atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Kalau di majlis-majlis perbandaran pula mereka biasanya mengenali dari pada peringkat pengarah hinggalah keperingkat penolong teknikal dan kerani.

Kita akan lihat cara hidup mereka ini yang amat ligat dan sentiasa berada di bangunan majlis yang mereka kenal rapat seolah-olah itulah pejabat mereka. Apabila pengarah yang mereka kenali tersebut bertukar jabatan atau tempat mereka juga akan turut mengikutnya.

Cara hidup mereka juga biasanya penuh dengan hiburan dan keseronokan, "nightlife" mereka amat ceria, sepanjang tahun ada saja program yang disusun atur bersama pegawai-pegawai kerajaan.

Cuma satu yang pelik sesetengah dari mereka ialah, kedudukan kewangan serta perniagaan mereka amat rapuh naik-turunnya, walaupun dah lama mereka berniaga, syarikat mereka tidak dikenali dan ada yang lebih menyedihkan, para pegawai yang mereka bela seperti TA atau Pengarah memandu Harrier, sedangkan mereka terkial-kial tidak menentu.

Kebiasaannya setelah tak tahan mereka akan beralih arah mencari perniagaan lain seperti menjadi petani dan menjauhkan diri dari kerja yang memerlukan lobi melobi, ini menunjukkan bahawa mereka talah letih dan menyedari bahawa mereka tidak ke mana-mana. Hidup rosak, kesihatan tak terjaga, keluarga caca merba, duit tak seberapa, lebih baik jadi peladang biasa.

Saya mengesyorkan pada semua para usahawan agar mencuba pasaran terbuka yang amat luas daripada pasaran kerajaan. Memang persaingan susah tetapi ianya berbaloi demi kesinambungan perniagaan kita. Dengan mengalih arah kepada pasaran terbuka kita tiada pilihan lain melainkan membina reputasi syarikat kita dari segi kewangan, kecekapan dan kualiti.

Tiada perkara yang apabila kita terus mencuba dan mencuba tidak akan berjaya melainkan mati memisahkan kita dari dunia ini. Selagi kita masih hidup teruslah berusaha.

Satu lagi kelebihan mencari pasaran terbuka terus kepada pengguna ialah ketelusan jual beli tanpa ada unsur-unsur rasuah. Kita tidak memerlukan pemberian wang sagu hati untuk mendapatkan kerja di pasaran terbuka. Kalau dengan pasaran kerajaan, saya sangsi kebolehan kita untuk tidak menghulur rasuah bagi mendapatkan projek.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan Hanya Tumpu Pada Kerajaan - Masih Banyak Sumber Lain.

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !