Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 15, 2010

Kuala Tahan - Berjalan Ke Titi Gantung

  Mohd Shubhi       Thursday, July 15, 2010

Jalan yang terpaksa dilalui oleh orang ramai untuk pergi menaiki titi gantung. Ada juga jalan melalui sungai dengan menaiki bot bagi mereka yang tak sanggup berjalan kaki meredah jalan hutan lebih dari 1 jam.

Dalam gambar ada kelibat sekeluarga orang asli yang menggunakan jalan yang sama untuk menuju ke kawasan penginapan mereka.

Letih berjalan naik dan turun lurah dalam hutan, berehat sebentar untuk melepaskan lelah dan mengambil photo kenangan.
Sempat ambil gambar "pencuci hutan" yang ada di serata tempat dalam hutan yang kami lalui. Kelihatan mereka sibuk menghancurkan dedaun dan kayu kering yang jatuh dari atas pokok.

Kalau nak tunggu daun atau dahan pokok yang jatuh ke bawah mereput secara semulajadi alamat bertimbun semua daun serta dahan pokok di dalam hutan belantara kita, nasib baik ada makhluk ciptaan Allah ini sentiasa rajin buat kerja. Kat kampung saya panggil serangga ini sebagai "kongkiak". Ia sebenarnya satu dari spesis anai-anai yang ada banyak terdapat di negara kita.
Salah satu dari berjenis tumbuhan liar yang hidup di dalam Hutan Taman Negara.
Jambatan atau Titi Gantung yang di panggil sebagai "Canopy" di Taman Negara. Tak sah kalau pergi ke Taman Negara tetapi tak naik titi gantung ini.
Jangan pandang bawah jika anda ada masalah gayat.
Selesai makan tengahari di restoran tepi sungai Tembeling. Makan tengahari terbaik tahun 2010 di kedai Faizal Black. Selepas ini kami akan ke Rapid Shooting.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kuala Tahan - Berjalan Ke Titi Gantung

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !