Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 21, 2010

Perlukah Iklan Perniagaan Anda Di Akhbar?

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 21, 2010

Sebelum ini saya berhasrat untuk mengiklankan perniagaan kawalan serangga saya di dalam surat khabar bagi mendedahkan kehadiran syarikat saya di dalam pasaran dan juga bagi mendapatkan pelanggan yang baru.
Sebelum mengiklankannya saya tertanya surat khabar yang manakah yang sesuai untuk menarik pelanggan yang saya sasarkan. Jadi untuk menjawab soalan tersebut saya terfikir bahawa orang yang paling sesuai menjawabnya adalah para pelanggan saya yang sudah menjadi pelanggan tetap kepada syarikat kawalan serangga perosak saya.
Maka saya lancarkan satu survey dengan menelefon kesemua pelanggan saya bagi mendapatkan maklumat akhbar apakah yang mereka baca.
Pelanggan pertama yang saya telefon memberikan jawapan yang agak mengejutkan pada saya kerana dia tidak pernah membeli surat khabar. Dia mendapatkan segala maklumat melalui internet. Saya sangka tentu dia adalah satu kes istimewa.

Saya menelefon lagi pelanggan saya yang kedua, saya mendapat jawapan yang sama seperti pelanggan pertama saya tadi, dia juga mendapatkan maklumat melalui internet. Cuma kadang kala dia ada membeli akhbar itupun amat jarang.
Akhirnya saya mendapati bahawa dalam 100 pelanggan saya, tiada seorangpun yang membaca akhbar secara tetap, kesemua mereka mendapatkan segala maklumat yang mereka perlukan serta berita terklini melalui internet.
Ini sesuatu yang memeranjatkan dan saya perlu melihat semula keputusan mengiklankan di dada akhbar, ia sudah tentu sesuatu yang membazirkan wang tanpa dapat menemui sasaran yang saya mahukan.
Hasil daripada itu, saya lebih memberikan tumpuan kepada internet bagi memperkenalkan syarikat saya kerana ia merupakan media yang menjadi pilihan kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi, juga menjadi media kepada mereka yang berumur di bawah 50 tahun dan mempunyai karier yang baik.
jadi soalannya siapa sebenarnya yang membaca akhbar. Ketika saya membuat iklan kepada produk kawalan anai-anai syarikat lama saya dahulu, barulah saya sedra nahawa m,ereka yang menelefonnya hampir semuanya membatalkan hasrat mendapatkan perkhidmatan anai-anai apabila mendengar harganya yang tinggi.
Dalam melayan para pemanggil, saya dapati kebanyakan mereka tinggal di kawasan yang biasa dan buykanlah kawasan elite, patutlah mereka tidak mempunyai budget untuk mengambil perkhidmatan kawalan serangga. Saya merumuskan bahawa majoriti mereka yang membaca surat khabar adalah mereka yang berpendapatan rendah, kemungkinan kebanyakan dari merekia tidak mempunyai akses kepada internet atau buta internet.
Jadi jika anda mengharapkan untuk mendapatkan pelanggan mereka yang berpendapatan tinggi dan berumur dalam lingkungan 40an ke 50an, pastikan anda menggunakan media internet sepenuhnya.
Posted by Picasa
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perlukah Iklan Perniagaan Anda Di Akhbar?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !