Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 23, 2010

Berorientasikan Matlamat - Mencari Redha Allah, Pasti Berjaya!

  Mohd Shubhi       Friday, July 23, 2010
Petikan makna dari surah At-Taubah, 2 ayat yang terakhir
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

Dalam tafsir Hamka ada menurunkan petua bagi mereka yang dilanda gundah gulana, resah serta berdukacita dengan seribu satu macam masalah agar membaca ayat terakhir dari surat at-taubah di atas sebanyak 7 kali pagi dan 7 kali petang, nescaya Allah akan selesaikan segala masalahnya dan memberikan padanya ketenangan. Hamka memetiknya dari sebuah hadith sahih.


Apa yang membuatkan jiwa kita merasa berkecamuk tertekan dan terhimpit selama kita menjalani kehidupan seharian tidak lain dan tidak bukan adalah hasil dari reaksi orang lain terhadap diri kita. Samada mereka itu orang yang tidak kita kenali, saudara mara kita, kawan kita, atau majikan kita atau orang bawahan kita, kita biasa menghadapi bangkangan, cemuhan, kemarahan atau penghinaan apabila kita mengusulkan atau melakukan sesuatu perkara dengan tujuan baik.

Lumrah kita sebagai manusia, kita akan tercabar dan menjadi marah apabila hasrat kita yang baik tidak diikuti ataupun dihina oleh mereka. Hasil dari kemarahan tersebut maka kita akan mudah memberontak, ingin membalas dendam bagi memuaskan hati kita. Jika kita terikut dengan perasaan nafsu untuk memuaskan hati kita itu, maka ternyatalah bahawa kita telah tewas.

Di sinilah peranan ayat terakhir dari surat at-taubah di atas memainkan peranannya, memberikan kita peringatan bahawa "cukuplah hanya Allah bagi diri kita", kita tidak mengharapkan apa-apa balasan dari yang selain Allah. Biarlah Allah yang mengiktiraf dan redha kepada diri kita walaupun kita dihina dan disakiti. Seterusnya ia membawa kita kepada orang yang berorientasikan objektif atau matlamat yang hendak dicapai.

Dengan itu kita akan menggunakan segala kemahiran serta kepakaran kita samada secara diplomasi atau kekerasan bagi memastikan matlamat kita tercapai dengan membuang jauh keinginan nafsu kita.

Memang benarlah ayat-ayat Allah, dapat menyelesaikan segala masalah kita dan membawa kita kepada kejayaan.:










logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berorientasikan Matlamat - Mencari Redha Allah, Pasti Berjaya!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !